Saturday, May 23, 2009

Summary Interview ISMP

Sebelum aku interview aku ada banyak search keyword 'contoh soalan temuduga ISMP' di google tapi results selalu pasal jual buku temuduga. So kali ni kalau ada yang akan menjalani temuduga ISMP, harap-harap post ni membantu k.

Dy
Pengajian Perniagaan dan Sukan & Rekreasi.
1.Latar belakang diri dan keluarga.
2. Soalan PIPP.
3. Soalan berkenaan Sekolah Cemerlang, Sekolah Bestari etc.
4. Senarai Menteri Kabinet (dia tanya kabinet terkini dan 3 sebelumnya)
5. Mengajar subjek yang diajar di sekolah (memandangkan Dy masa ni tgh bertugas sbg guru sandaran di SMTT).
6. (Kebanyakan soalan Dy dalam Bahasa Inggeris)

Sukma
Kemahiran Hidup dan Sains Rumahtangga.
1. Kenapa pilih UPSI (pilihan pertama Sukma ialah UPSI)
2. Mengajar subjek yang diajar di sekolah (memandangkan Sukma masa ni tgh bertugas sbg guru sandaran di SMTT).

Yus
Sains Rumahtangga dan Kemahiran Hidup.
1.Latar belakang diri dan keluarga.
2. Pertikaian tentang suri rumah.
3. Hobi Yus (tentang apa yang dia suka buat)
4. Speak in English
5.Kenapa ingin kembangkan kerjaya sebagai guru dan bukan chef.
6. Mengapa memilih guru sebagai kerjaya.

Soalan-soalan di atas ni bukan lengkap, sekadar briefly sahaja. Semoga semua rakan seperjuangan dapat lepas interview ni k. AMIN.

No comments: