Sunday, July 05, 2009

Berpindah juga

Setelah tiba di Kota Kinabalu lebih kurang jam 11 pagi, saya dibawa ke Kolej Kediaman C untuk mendaftar. Kemudian salah seorang PSM (entah-entah org AJK Kediaman C juga) guide saya ke bilik saya, saya yang x tau apa pun ikut ja dan mengiyakan bilik yang diberi. Kemudian tadi pagi pula saya telah diserbu AJK Jakmas Kolej Kediaman C . Kemudian dengan nada yang tinggi dan menyindir mengatakan saya sebenarnya salah bilik (Darah mendidih ke hujung rambut.....). Dengan hati yang marah dan stress, saya kemas bilik sambil silently cry beb. Saya terus ke blok sebelah. Apabila saya sampai sahaja ke bilik ni, mereka dah mengatakan tempat penuh. Pegi HEP, runding sana sini, balik ke HEP. Akhirnya saya ditempatkan juga di bilik tu (ceritanya ni panjang sebenarnya, tapi malas mau refresh....). Anyway perkara dah berlaku, saya redha. Sekarang dalam bilik saya ada 3 senior dan 3 freshie. Semua baik-baik. So far so good. Terima kasih kepada pihak Kolej Kediaman C yang membantu. Later I upload gambar bilik baru.

1 comment:

Dawn said...

It's good that you have a good start already...