Sunday, July 12, 2009

Malam Seni Bahasa


Semalam saya berkesempatan untuk menghadiri Malam Seni Bahasa. Saya memang tertanya-tanya apa pengisian program ini sejak kali pertama saya menerima sekeping kecil kertas jemputan daripada pihak penganjur. SPPS (Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial) dan SSS (Sekolah Sains Sosial) telah diwajibkan untuk menghadiri program ini. Program ini diadakan di Dewan Resital. Tema program ini ialah 1 Malaysia. Program dimulakan dengan tarian kebudayaan, kemudian highlight malam tu sesi debat, dihiasi dengan sketsa berkaitan perpaduan kemudian diakhiri dengan persembahan Nasyid. Berbalik kepada debat pada malam itu, usulnya ialah 'Bahasa Teras kepada Pembentukan Negara Malaysia'. Audience telah diberi peluang untuk menentukan pemenang melalui undian (bukan undian SMS yekkk). Akhirnya malam itu kelebihan diberikan kepada pihak pembangkang. Kemudian terdapat sesi soal jawab bersama pendebat pada malam itu. Saya tertarik untuk berkongsi mengenai satu pendapat yang diutarakan dari seorang mahasiswa tahun pertama kepada barisan kerajaan.

"Saya rasa Bahasa boleh menjadi teras pembentukan bangsa Malaysia tapi bukan sekarang........ kerana bahasa ekonomi, bahasa teknologi dan bahasa sains ialah Bahasa Inggeris. Istilah-istilah dan pengajaran yang dibuat dalam kuliah untuk bidang ini masih dalam Bahasa Inggeris. Jika anda lihat portal kerajaan seperti www.mohe.gov.my...... itu juga adalah Bahasa Inggeris"

(credit : Siswa berpendapat bernas-maaf lupa nama)


Kemudian bercerita sikit mengenai sketsa yang dipersembahkan. Temanya perpaduan....ada hantu melayu, hantu cina dan x lupa juga hantu2 penjajah kita iaitu hantu jepun dan drakula. Tahniah buat penganjur dan kepada pelajar-pelajar UMS teruskan menyokong program-program sebegini. Hargai usaha-usaha rakan seperjuangan kita,

No comments: