Monday, December 07, 2009

Quote nda bagus

(nda= tidak@ no)


Hehehe. Aku suka sangat baca quotes. Inspire me a lot. Suprisingly sometimes quotes help me a lot through my hard time. Tapi ada beberapa quote yang memang tidak boleh dipakai langsung in my life. I don't now what you think guys tapi quote2 di bawah memang non-applicable for me.

"Zaman sekolah ialah masa yang paling best"
Rasanya banyak orang akan setuju dengan quote ni. Aku rasa orang yang come out dengan quote ni memang la pelajar terbaik, atlet sekolah, atau Mr/Miss Popular time dia sekolah dulu. Aku memang puas hati dengan zaman sekolah aku, tiada masalah negara, yang cuma wujud ialah masalah perhimpunan lama betul, kerja rumah banyak, nda hafal persamaan chemistry atau cikgu buat ngantuk. Tapi kalau disuruh ulang balik zaman sekolah ni aku nda sanggup. Best macam mana pun, there is no way I'm going back there. Aku xdalah enjoy betul pun sekolah2 ni. No doubt, ada beberapa incident yang akan buat aku senyum sendirik2 bila fikir. Aku dulu sekolah perempuan, restricted ckit la. Then pg tingkatan 6 pun memang muram durjana ja.

"Kalau bercinta semua rasa manis"
Sah2 siapa yang buat quote ni memang nda pernah bercinta langsung atau time dia in love asyik maka gula2. Banyak obstacle sebenarnya. Awal-awal mungkin kau rasa macam di langit ke-7 la. Tapi life takes u further after that. Kadang-kadang it will bring you to the verge of your breaking point. then kau tau lah tinggi rendahnya langit time tu. Menguji kesabaran sebenarnya, mematangkan, menunjukkan true colour, mencari kekuatan, dan dalam yang sama mencipta keajaiban dalam hidup kita. Biar aku cipta quote baru untuk menggantikan quote di atas "Bercinta membawa kita mengenal hidup". Nahh siapa yang mau guna quote ni tolong credit namaku ya.

"Asalkan lepas SPM, ok sudah"
Ni quote lagi bengong. Biasanya quote ni disertai dengan another quote "Universiti tu senang ja". aku selalu dengar cikgu2 ku dulu cakap di Universiti (atau Matrik) ni senang. Aku nda tau la pula kalau matrik tapi setau aku kalau universiti tu senang.........betulkah aku di universiti ni. Ka aku salah tempat sekarang. Lagi satu, bagi aku SPM tu macam baru mau kasi kilat senapang. Selepas tu la baru peperangan sebenar, macam mana mau survive di dunia ni (atau survive pengangguran to be exact).

"Perempuan belajar tinggi mana pun akan masuk ke dapur juga bah"
Okay ni boleh di apply in some situations. Tapi sekarang ni yang belajar tinggi2 lebih suka cari pembantu yang masuk ke dapur. Busy bah. Mana balik jam 8 malam (overtime), mau menyiang ikan lagi. Kalau yang nda pandai masak lagi memang nda tau la bila mau masuk ke dapur. Ada dua jenis 'masuk dapur' sebenarnya. Satu yang cuma masuk dapur bila makanan sudah dihidang atau betul2 berfungsi di dapur. Berfungsi yang terer masak of course, kalau setakat cuci piring yang tadika pun boleh buat.

1 comment:

chocolatte said...

aku benci yang last tu bha. sexist!