Tuesday, January 26, 2010

Perbualan

Dua hari berturut-turut saya berlagak ala-ala diva dengan ma saya dan juga saya merasakan ma saya mempunyai stock saham, hotel bertaraf dunia, aset-aset di luar negara dan duit bertong-tong di bank. Hari pertama saya minta kereta dengan ma, then hari kedua minta DSLR. Seolah-olah tolak campur bahagi harga barang-barang tu semua cuma RM 6.70. Tapi saya tahu yang ma cukup kenal dan faham saya. Biarpun saya minta dengan bersungguh-sungguh, x pernah timbul niat di hati untuk susahkan ma. Saya pernah cakap dengan ma satu hari dulu,

"kalau aku ada minta apa-apa dengan ma, ma dengar dan biar ja sebab nanti aku akan lupa sendiri juga".


Agaknya ma pegang kata-kata tu sampai sekarang. Sebab setiap kali saya mau kan sesuatu (yang mahal la terutamanya), ma akan pura-pura layan, buat-buat setuju la, buat-buat suka juga sekali. Perbualan itu juga biasanya akan diakhiri dengan 'tengoklah dulu', nada yang cukup baik dan kadang-kadang seperti ada harapan dia selitkan. Mungkin bagi yang xpaham, seolah-olah ma saya bagi second thoughts dengan benda tu dan berkemungkinan besar akan beli untuk saya. Namun dua-dua pihak faham yang perbualan tu x akan membawa ke mana-mana, ke kereta, maupun ke DSLR.

Perbualan itu seolah-olah cuma mencipta a little moment of happiness. Tapi buat ibu-ibu di luar sana, taktik ini cuma berkesan untuk anak yang memahami seperti saya, yang kenal bumi yang saya pijak, yang tahu asal-usul saya dan yang sering mendongak ke langit dengan berwaspada. Kalau korang cuba perbualan ala-ala melayan atau setuju dengan permintaan anak yang mungkin tengah request Laptop Apple, mungkin your kids akan ended up salah sangka. X pun merajuk berhari-hari. So taktik ni cuma berkesan untuk saya.

p/s: saya masih tidak boleh lupakan camera saya. time is not a good medicine in this case.

2 comments:

sankai said...

sebenarnya pengalaman itu membuatkan kita tahu siapa kita..especially on situasion like these..

aku banyak menghadapinya dulu..
hahahha..

Annie said...

apa request kau dulu pl.....lagi dahsyat dr aku kah???