Monday, February 08, 2010

Blogger honest tapi bertempat.

Saya blogger tegar. Nowadays maybe saya busy sedikit. Tapi saya xpenah lupa untuk update blog. Time zaman kegemilangan dulu saya update blog sampai 3 kali sehari. itu dulu, time lengang. Sekarang zaman kesibukan, so xbleh hadap laptop selalu. Dalam blog ni saya honest tapi bertempat. Bukan semua benda saya canang dalam blog. Blog cuma medium untuk bersuara di alam maya, itupun kalau mood kena. Bukan semua perlu diberitahu kan. Apa yang saya post dalam blog bergantung kepada apa yang saya rasa sesuai. Maunya nanti kita disaman sebab memburuk-burukan seseorang atau masuk TV3 sebab letak maklumat palsu. Then blog ni juga untuk reader2 tau khabar terbaru saya. Maybe family, bekas student, rakan lama atau siapa2 saja yang berminat. Setakat ni tiada lagi orang yang spam blog ni. Harapnya xkan pernah ada okay. Saya cuma ingin berkongsi setitik hidup saya, selembar pandangan saya dan sekelumit rasa hati. So harap dapat membaca blog dengan gembira. Selamat berblog semua.

No comments: