Saturday, March 20, 2010

Tidur berteman eye mask




Apa kegunaan sebenar eye mask dan sunglass dengan saya? Mungkin sis Ween bleh jawab soalan ni dengan baik.......miss her

situasi simplyseoul: Duit pinjaman tidak masuk on-time 2 sem berturut-turut.

Sekuat-kuat manusia akhirnya jatuh menyembah ke tanah juga. Setabah manusia akhirnya akan kalah dengan emosi juga. Financial problem that is been lingering around me this week had put me in the verge of breaking down. Rasa sangat tertekan. Ditambah dengan assignments yang semakin menghampiri deadline dan final papers yang bakal berkunjung.

Buat En. pinjaman (you know who you are). Tolong masukkan duit dalam minggu ni. Saya akan berada d UMS sehingga 5 May. Saya tidak boleh survive dengan jumlah duit yang tinggal. Apa salah saya sampai 2 sem berturut-turut awak susahkan saya. Saya RAYU dengan PTPTN, tolong masukkan duit saya on-time seperti rakan2 rakan lain. Saya xda niat mau beli hp baru, camera baru, apakan lg SLR baru dengan duit pinjaman tu. Saya bertahan dan alhamdulillah berkat kesabaran saya, walaupun saya bergantung dengan duit PT yang masuk hujung tahun lalu, rakan2 lain masuk PT pada 2 bulan lalu, saya masih mampu bertahan. Di kala rakan2 lain kesempitan, saya masih mampu bayar yuran. Tapi setelah langsaikan yuran beberapa hari lalu, saya juga turut kesempitan.


Saya rela pakai baju kuliah yang sama sepanjang 8 sem. Saya x minta untuk bersenang-senang di universiti. Saya cuma xmau susahkan parents saya. Saya x sampai hati minta duit dengan diorang. Minta tiket flight pun saya malu.

X cukup dengan itu masalah TESL nite menimpa lagi. Saya dapat tau ada orang yang sudi bayarkan untuk saya (dan golongan2 yang kesempitan lain). Kalau betullah saya akan pergi ke TESL nite....saya akan pergi ke sana dengan t-shirt dan denim. Saya juga seorang gadis. Tipulah saya tidak berkeinginan untuk ke majlis sebegitu dan 'bercantik-cantik' yang boleh. Tapi semua tu agak mustahil sekarang.....Saya akan tunaikan kewajipan saya....tapi keinginan hati??? Jauh sekali saya dapat penuhi. Minta maaf mr. Blog dan readers kerana masalah sebegini akhirnya spill out juga.

Tabahkan hati saya, kuatkan semangat saya. Pelihara saya ketika dalam kesempitan ya Allah. Lindungi saya, berikan saya kekuatan dan jangan Kau lupa untuk jadikan saya anak yang solehah. Berikan kehidupan yang terbaik untuk IbuBapa saya kerana mereka lebih berhak. Amin.


p/s: akan jumpa geng keras besok.....Ani...really look forward meeting u



http://simplyseoul.blogspot.com

No comments: