Friday, March 05, 2010

Been there...

Kemarin saya mendengar keluhan seorang teman mengenai 'BFF thing' ni. Sedih bila dengar perkara macam tu berlaku. My Encik Fikry pernah cakap, 'friendship between girls is unpredictable'. Ada kebenaran dalam kata-kata dia. Biarpun saya sepatutnya menegakkan persahabatan antara wanita, tapi sebagai seorang sahabat (kepada mana-mana rakan) dalam kehidupan ni, saya akui it is unpredictable. Nicole Richie dan Paris Hilton juga menemui jalan buntu dalam persahabatan, walaupun sudah bertahun-tahun berkongsi memori childhood, kekayaan, dan fame bersama-sama.

Keluhan si rakan ini cukup menyentuh saya. Perasaan dia dipermain-mainkan....dan mediumnya???.....Facebook. Ya medium yang digunakan ialah Facebook. Sepatutnya komunikasi tulus dan ikhlas tu diluahkan, bukan dilemparkan ke public. Even though orang lain tidak tahu status facebook ditujukan kepada sesiapa tetapi kepada yang terlibat mesti terasa kan. Jadikan la facebook sebagai permainan kita, take it easy dengan alam maya. Alam maya dikongsi dengan jutaan pengguna. Dalam banyak-banyak pengguna ada rakan baik kita, adik-beradik, keluarga, cinta kita dan parents pun tidak terkecuali.

Kenapa perlu jadikan benda itu sebahagian besar hidup kita. Walaupun saya masih dalam umur-umur yang sepatutnya rancak dengan teknologi, tapi saya tahu batas-batas saya. Berapa banyak kali saya delete comments saya sendiri yang tidak appropriate. Walaupun pada awalnya ingin sangat luahkan perasaan. Tapi selepas 2-3 minit memandang skrin, saya tahu ini bukan jalan terbaik. So benda-benda yang saya post di FB bukanlah sepenuhnya diri saya. Mungkin saya lebih sabar, atau lebih pemarah....yang pasti Mr. Facebook bukanlah kenalan rapat dengan saya. Sorry Mr. facebook you are not in my BFF list because I don't show my real colour to you (same goes to Mr.Blog). Begitu juga halnya dengan Blog. Banyak sangat post yang saya rasa mau publish. Tapi lepas fikir 14kali, rasa x sedap hati, so I ended up deleting it.

Kalau dulu orang selalu cakap, berhati-hati jika bersms, sebabnya sms senang sekali disalah ertikan. Misinterpret. Ya memang betul. Saya juga mempunyai pengalaman peribadi berkenaan sms (ada masa kita ulas hal sms pula yekk). Tapi facebook jarang di'misinterpret'.....sebabnya kita tahu jenis pengguna tu mcm mana. Kalau selama ini kita baca post yang berbaur personal (sometimes terlalu personal),the next post kita akan expect benda yang personal juga. Saya bukannya menidakkan luahan perasaan melalui alam maya, tapi jangan jadikan medium tersebut terlalu personal ya. Bukan apa terlalu banyak orang sekeliling yang memerhati. Buatlah private profile, friendster, facebook, photo....orang tetap boleh tengok....cuma manipulasi sedikit address URL, gambar-gambar peribadi, profile facebook, invisible things.. semua akan muncul. Mau tahu macam mana???? tanya saja rakan-rakan yang pakar technology, mereka boleh terangkan.

Tengok saja gambar-gambar comments facebook yang floating di internet. Si kaum ini, x suka bangsa ini, then pegi luahkan di facebook. Ada pula orang yang ambil kesempatan tangkap gambar comment tu dan akibatnya menjadi bahan bualan di blog. Artis itu dan artis ini berbalah kemudian panaskan facebook, ada wartawan yang copy and paste page itu dan jadikan bahan cerita. Si ini mencarut dengan si itu, last-last page 'dicopy' dan dijadikan bahan bualan sekali lagi. Jika anda buka blog-blog gosip, akan ada petikan-petikan facebook dan twitter sebagai bahan bukti. Yang bawah ni, nama disensor...kalau tidak????




Berbalik kepada cerita mengenai rakan baik. Sahabat ialah kurniaan Tuhan, terimalah dia seadanya. Bertolak-ansur dengan kekurangannya, dan bersyukur dengan kelebihannya. Kepada semua sahabat-sahabat saya, terima kasih sebab jadi peneman suka dan duka saya. Sahabat-sahabat zaman kanak-kanak saya, Ani, Ria (dan banyak lagi)....terima kasih sebab tidak pernah putuskan ikatan yang ada, the great thing about us is, berpisahlah lama mcm mana pun, kalau jumpa balik....tidak pernahnya awkward dengan satu sama lain. Kepada sahabat seperjuangan di sekolah menengah, Zukiyana, Meenah, As, hatika (dan banyakk lagi)....terima kasih dengan masa-masa gembira dan duka yang kita ada, kalau jumpa balik tegur sahaja seolah-olah baru semalam tidak berjumpa. Kepada sahabat ketika bertugas dulu...walaupun semua sudah bawa haluan masing-masing, tapi jangan pernah putuskan ikatan. Semoga berjaya di bidang masing-masing, tanpa anda saya tidak akan melangkah sebagai seorang bakal guru. Sahabat universiti pula.....beri saya peluang untuk jadi seorang sahabat....saya akan tunjukkan kemampuan saya...Ain, DD, Mawar, Shima, kak Hilda, (dan banyak lagi)....terima kasih atas setiap apa yang kita lalui. Love u all, F.R.I.E.N.D.S......But.....!! Don't mess up with me hahaha.

Facebook, tagged, Tumblr dan banyak lagi aplikasi internet yang ada......tidak salah untuk dijadikan sesuatu yang honest atau berbaur peribadi....tapi berpada-pada ya. Tunjukkanlah Twitter honest seperti "I'm having a gloomy day" tapi bukan "Lecturer aku tu *@#$!!!###"...........


See you in next post

hakcipta terpelihara http://simplyseoul.blogspot.com

6 comments:

mommieZee said...

i like ypur post.totally agree...

Annie said...

TQ....at least I know I make some sense here.

Uncle Lee said...

Hi Annie, just drpped by, but regret my bahasa wayyyy before Merdeka, so unable to comment.
Anyway, you have a nice blog.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

ani said...

semoga persahabatan kita kekal hingga ke anak cucu...Amin
:)

Si Yoyop Bah... said...

u're totally rite. Nmpk matang sungguh penulisan. Bagus. Syabas.

Annie said...

uncle lee: Tq 4 dropping by...so happy. Anyway u too have a wonderful day. Tengs again.

ani: Amin ya rabbal alamin. Bila kita mau jumpa ni??? Rindu wei.

Kak Su: Tengs a lot....I'll continue doingmy best.