Tuesday, March 30, 2010

Busy Mode dan Adrenalin Final

Sangat-sangat sibuk beberapa minggu ini. Bila saya cakap saya busy, I meant it for real. Assignments banyak deadline hari Isnin ni ni. Saya x juga berapa sangat jenis buat last minute ni (maybe sometimes), tapi bila kita dah siap2 buat assignments tiba2 kena ubah, tambah itu ini, tukar itu ini, then benda yang tidak bermula sebagai 'last minute', eventually menjadi assignments last minute juga. Ada 1 assignment PPIB saya yang telah disubmit lebih kurang sebulan lalu, terpaksa diubah semula selepas di'present'. Syukur alhamdulillah, mudah-mudahan akan memperbaiki markah sedia ada. Tapi berbalik kepada apa yang saya cakap tadi 'benda yang bukan last minute eventually jadi last minute'. Xpa ada hikmah di sebalik semua ni. Subjek PPIB dan bahasa asing kena paku habis-habis kan.

Bercakap mengenai bahasa asing, suka saya berkongsi cerita sikit dengan readers saya. Ada beberapa perkara yang Ustazah/Lecturer Bahasa Arab katakan yang cukup melekat di hati saya. Beliau terpanggil untuk menasihati seorang rakan lama. Akhirnya si rakan berkata ayat yang saya kira cliche iaitu 'ala kubur lain-lain'. Kemudian Ustazah saya berkata dalam hati 'sebab kubur lain-lain lah saya risau, kalau kubur sama@ dekat bleh saya tolong bagitau malaikat yang kamu dulu baik....'. Terpulang kepada readers untuk fikirkan hal ini. Ada kebenaran dalam kata-kata itu. Bayangkan kalau sekubur dengan ibu bapa, sudah tentu ibu bapa kita merayu agar jangan kita diseksa kubur, sudah tentu ada orang pertahankan kita di alam kubur nanti. Kerana kubur lain-lain la, kita menasihati kan? Wallahualam.

Kemudian beliau juga ada sebut beberapa perkara seperti...'letakkan semua formula hidup dengan redha dan jangan akhirkan formula itu'. Contohnya study+tanya lecturer-1B+redha=???. Sentiasa redha dengan apa juga yang kita buat dalam hidup dan akhiran sesuatu itu ialah sesuatu yang tidak pasti sebabnya Allah yang lebih berhak dalam penentuan. Sama juga kesnya seperti pasangan dua sejoli yang sudah berbelas tahun menyemai cinta tapi akhirnya tidak berakhir dengan lafaz nikah. Biar seberapa sayang atau kukuhnya hubungan tetapi jika di arash sana bukan nama dia yang tertulis, jodoh tetap tiada. Jodoh, ajal dan maut....kuasa Allah. Wallahualam.

Kepada semua yang membaca turut bertungkus-lumus, membanting assignments......Semoga Berjaya semua. Kuatkan semangat dan sentiasa impikan kejayaan.


Selamat ber'final' from simplyseoul.blogspot.com

2 comments:

pie said...

Terpanggil tuk bg komen pasal kubur lain2...
Betul apa ustazah tu ckp...
Tp kalau xtegur lagi bahaya...
Sebab hukumnya WAJIB kalau orang sekeliling kita buat salah. Kalau kita xtegur kita pun jd salah sama.
Bila di hisab nanti, kena tanya kenapa kamu tidak puasa(contoh)? Mungkin dia(refer to org ckp kuburlain2) jawap, "Pie xlarang saya makan masa bulan puasa,"
Bayangkan masa tu si Pie ni dalam perjalanan ke syurga, tiba2 kena tarik sama ke neraka semata-mata tidak menegur si dia.

Renung2kan selamat beramal.

p/s: Selamat ber'exam'

Annie said...

Btul2....lgpun xdalah tegur ala ustazah2 pun. Tegur2 berkias2 dan bergurau2 ja biasanya. Maklumlah diri ini juga terpalit kejahilan.
Gambate!!