Saturday, March 27, 2010

Earth Hour di Blok B kg C

Ya, saya stay di kampung C, Blok B. Earth Hour tahun ni boleh dikira sebagai fun+thrill. pertama kali menyokong Earth Hour di UMS so memang teruja la tengok sambutan yang diberikan oleh pelajar sendiri. Earth Hour officially begin for us, bila Asli Jati People pegi suis box yang besar tu (aku xtau nama sebenar benda tu), kemudian matikan lampu jalan di sekitar Kampung C. WoW!! This is gonna be fun. Then sekumpulan girls yang pada kiraan saya duduk di aras atas saya mula teriak2 sana sini. Antara yang dapat saya tangkap ialah:

Woiiii tutup lampu!!!!!!

Blok Medik...TUTUP lampu bah.
Siapa di dewan tuuuuuu....tolong tutup lampu!!! (sorang girl ni siap pegi dewan dan suruh siapa2 yang stay dewan matikan lampu)

Felo2 dan Pengetua tolong tutup LAMPU!!!!! (ni memang statement berani mati,tapi it works, sebab selang beberapa minit rumah felo gelap)

Blok A, tolong support, matikan lampu!!!!


Woiiii torchlight pun xbleh juga (hehehe)
Blok, B, Blok E, Kampung D!!!!!!!
Then bila kereta2 lalu depan blok kami, dorang akan teriak MATIKAN LAMPU KERETA hehehe...yang lucunya ada satu kereta kancil ni siap betul2 matikan lampu. Jaga skit kak nanti bergelap foreverrr pula. Dekat 40 minit dorang teriak. Yang lucu sangat ada sorang budak cina ni park depan blok kitorang and tiba2 shout 'TUTUP PINTU"!!!!!!!!!!, then dia cakap eh salah tutup lampu la......adeiiiiii. Siap cakap 'siapa tutup lampu ni confirm dean list'. hehehe.
Apapun Earth Hour tahun ni beyond expectation sikit. hehehe. Jumpa semua di Earth Hour 2011.

No comments: