Friday, March 19, 2010

I've never change


Potret anda masih hitam putih?


Anda masih di dalam uniform sekolah?


Manusia sering menegakkan bahawa 'I've never change...', 'I'm still the old person', 'I love who I am...', 'This is me...' blah blah blah. Well hakikatnya hidup bukan seperti Demi Lovato di dalam Camp Rock. 'This is me...' tanpa disedari berubah setiap saat. Saya anggap diri dan hati manusia itu seperti air. Air apabila masuk ke sesuatu ruang akan mengikut bentuk ruang itu. Begitu juga manusia itu sendiri. Jadi jangan sentiasa menegaskan kenyataan anda 'I'm still the old person...' sebab anda bukan. Kalau anda sentiasa 'I'm still the old person...' maknanya anda tidak grow atau menjadi fleksibel dengan hidup.

Bila saya bercakap mengenai 'I'm still the old person...'...saya bukan bermaksud, 'saya masih baik tau', 'saya masih orang yang simple', 'saya masih tinggal di Kampung C', 'kurus masih la'. Pasti ada perubahan dalam hidup anda, tidak kira di mana atau baik buruknya. Let's eliminate the physical aspect or appearance changes. We talk about H.E.A.R.T. Hati manusia ialah the most UPREDICTABLE things yang kamu boleh jumpa. Ia berubah sekelip mata. Mungkin kamu rasa hati kamu sama, masih suka, masih ingat, masih benci, kemudian sesaat lagi, kamu tiba-tiba menyesal, kamu tersedar.

Tetapi kelebihan hidup ini ialah kamu yang duduk di system controller ini. Ya!!! diri kamu sendiri. Kamu lah yang akan ON atau OFF kan perasaan kamu sendiri, kamu berhak sepenuhnya ke atas HEART itu. Rasul tidak ada mukjizat untuk kawal hati umat-umatnya. Tetapi kamu yang kawal hati kamu. Jaga ia sebaik-baiknya dan seindah-indahnya yang kamu boleh.

Saya juga manusia biasa yang sering berubah-ubah. Hari ini mungkin saya lebih pesimis tetapi mungkin esoknya saya optimistik dan beriltizam pula. Mungkin saya cakap akan berjimat, tapi sepuluh minit kemudian saya akan balik ke store itu dan straight away beli dress yang saya suka. Mungkin saya sekarang tenang, tapi bila anda menoleh balik kepada saya, mungkin saya dah start marah-marah. So saya rasa quote 'I've never change' bukanlah diri saya. Ya saya berubah kerana saya pasti readers juga setuju perubahan itu adalah proses kematangan.


Jangan berani kata 'I'm still the old me....'. Tepuk dada tanya hati. Betulkah anda tidak pernah berubah? Betulkah anda masih sama selepas 10 tahun?. Kalau anda dengan yakinnya jawab YA, bermakna anda tidak grow up mentally ataupun physically.


Sekian dulu......http://simplyseoul.blogspot.com


p/s: rasa amat bersalah kepada my other half

2 comments:

Audee Valeria said...

but i think I'm still the old me..

cuma stail saja yg berbeza.. hihi =p

Annie said...

hehehe....but still a change rite??