Sunday, March 07, 2010

Weekend not so Gateway

(beware of language changing)

Pheww... baru sahaja selesai dengan program English Camp SPPS. Hari pertama saya terlibat dengan bahagian protokol. Hari kedua pula melibatkan 10 jam daripada hari Ahad saya. Sebelum saya teruskan dengan cerita-cerita English Camp ni, sukacitanya ingin saya bagitau dengan beloved readers saya, yang saya seorang yang jarang korbankan masa hujung minggu. Saya lebih senang berada di rumah ataupun hostel dengan aktiviti 'berdiam diri' (bukan tidur ja, tapi berehat). Aktiviti yang berkaitan dengan leisure atau entertainment pun jarang dapat tempted saya untuk keluar rumah. Kali ni saya telah mewarnakan hari Ahad saya dengan melibatkan diri dengan English Camp yang dianjurkan oleh senior TESL tahun ke-4.

Hari pertama seperti yang saya sebut tadi, cuma aktiviti ringkas dengan Majlis Perasmian. Hari Kedua pula LDK dan Xplorace dengan lebih kurang 40 orang pelajar. Saya sudah meninggalkan bidang pendidikan (bakal kembali 3 tahun lagi), tidak seberapa lama dahulu. Belum setahun pun. Tapi student-student yang saya jumpa ni, sangat jauh berbeza dengan ex-student saya. Sayang sekali saya tidak ada kesempatan yang cukup untuk mendekati mereka. Sekadar berbekalkan lensa untuk mengenali student-student ni.

Pada dasarnya semua remaja adalah sama, lively, loud, favour attention from everyone, like to be in the center stage (maybe some of them), energetic, and young of course. Tetapi pelajar-pelajar yang baru saya jumpa tadi lebih kepada American-oriented. Apa yang saya maksudkan dengan 'American-Oriented' ialah....anak-anak ini terlalu menyerap 'American High School Culture'. Secara jujur, sebenarnya mereka mengingatkan saya dengan diri saya sendiri semasa di sekolah menengah. Jika difikirkan, apa salahnya mereka interest dengan budaya sebegitu, sekurang-kurangnya mereka boleh elakkan diri dari smoking, truant or drugs. So I just smiled or grinned when I look at their behaviour.Saya juga boleh nampak aksesori-aksesori menarik mereka seperti IPhone@Ipod (idon't know which is which), tidak terkecuali juga DSLR Camera. Wow they are lucky kids.

Saya tidak akan mulakan kuliah di blog ni dengan cakap 'Dulu kami sekolah mana ada....blah blah blah'. Teachers and parents always compare their schoolhood to ours. Saying things like 'Dulu susah..naik lori pegi sekolah,jalan kaki, pakai kasut getah......'. Ya itu memang benar, tapi saya rasa tidak adil jika sepenuhnya kita membandingkan zaman persekolahan. Mereka ada kelebihan yang lain, kita juga ada kelainan yang istimewa ketika di bangku sekolah. Kalau mereka ke sekolah berbekalkan gadget yang canggih, well jangan lupa handphone berkamera juga cukup mewah pada zaman kita. My dad sering menceritakan zaman sekolah beliau tapi jarang dia membanding-bandingkannya dengan zaman sekarang. Saya ingat yang dia selalu cakap 'mana boleh banding-banding,lain bah tu....'. Heheehe...

Sepanjang LDK tersebut saya memegang kamera Nikon D3000....yang membuat saya drools. Handling a DSLR camera would be the last thing I want to do. It made me realise, saya memang xmampu untuk beli sekarang. Lupakan lah. Tapi terima kasih Grace, si empunya camera sebab sudi bagi saya date dengan camera tu. Ironinya saya bersama camera itu lebih kurang 8 jam, tapi satu gambar pun saya tidak upload di blog ni. hehehe. Then saya juga berpeluang jadi judge. Hehehe....Judge sepenuhnya OK!! saya sangkakan yang rakan-rakan TESL cuma mahukan pendapat sahaja....last-last markah yang saya bagi dijadikan judgement terakhir, siap kertas yang saya tulis dibaca bulat-bulat sebagai keputusan final.

here n there:
_missed my other half badly...hope he's having fun and missing me also_
_turut merindui bekas pelajar saya, doa saya semoga semua dapat keputusan cemerlang dalam SPM yang bakal diumumkan nanti_

http://simplyseoul.blogspot.com for more of me

No comments: