Friday, April 16, 2010

Cantiknya kasut cikgu

Ayat di atas pernah dilemparkan kepada saya ketika bertugas sebagai pendidik suatu masa dahulu. Pengalaman singkat di bidang pendidikan suatu masa dahulu mendidik saya pelbagai perkara. Dari yang urusan-urusan rasmi sehinggalah ke perkara remeh-temeh anak-anak di sekolah. Semuanya saya kutip satu-persatu dan sentiasa menjadi bekalan saya di Universiti dan peringatan jika bertugas kembali suatu hari nanti.

Baru sahaja selesai menyinggah di profile Facebook Permadik dan Blog Permadik 2010. Isu kali ni nampaknya pasal baju-baju si bakal pendidik ni. Buat pengetahuan pembaca yang disayangi, perkataan 'skema' memang melekat sekali dengan pelajar-pelajar sekolah Pendidikan di UMS. Etika berpakaian kami memang sentiasa diperhatikan. Memang betul UMS punya kod berpakaian yang diselaraskan mengikut hari-hari tertentu. Namun tidak semuanya patuh kepada benda yang mudah itu. Saya berani mengatakan bahawa pelajar Pendidikan lebih berpada-pada dalam berpakaian. Bukanlah mencebik sekolah lain ya. Cuma ini pengalaman peribadi saya sendiri. Ada juga kesempatan pergi ke sekolah-sekolah lain di dalam UMS, dan saya sendiri terkejut melihat rata-rata pakaian pelajarnya pada hari isnin. Sangat galak fesyennya. Meriah sungguh. Cukup di situ saya ulas, takut ada pembaca yang tersinggung pula.

Omelan yang kita selalu dengar dari si bakal pendidik di UMS ialah, 'skema juga'. Jangan rasa tertekan dengan skema itu. Itu yang terbaik untuk anda. Kita sudah tentu mahukan guru kepada anak-anak kita berpakaian kemas ke sekolah. Kredibiliti seorang guru itu sebenarnya refleksi kepada pakaiannya. Saya seorang yang cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan etika berpakaian Sekolah Pendidikan (SPPS) tercinta. Tapi terdapat juga hari di mana saya memakai sandal atau blaus yang saya sendiri rasa terlalu kasual. Ada pelajar pendidikan yang memakai selipar nipis (Flip Flop ka??) ke sekolah. Emmm kurang sedap dipandang sebenarnya. Saya sedar anda masih pelajar, 'Give us a break' la orang katakan. Tapi daripada kita memikirkan yang kita seorang pelajar, apa kata kita fikirkan kita bakal pendidik. Sematkan tanggungjawab pendidik bukan pelajar. Tanamkan komitmen seorang guru yang bertaraf Guru Cemerlang bukan setakat pelajar. Didik diri anda bahawa masa depan nanti ialah mendidik anak bangsa, bukan setakat seorang pekerja.



Jangan sangka bos-bos atau admin sahaja yang bakal menegur pakaian anda. Tidak mustahil anda akan dengar benda seperti 'Cantiknya kasut cikgu', 'Cikgu pakai baju baru kan?', 'Cikgu saya pun ada kain macam ni'. Itu yang anda dengar, yang anda tidak dengar contohnya 'Tebal nya mekap Cikgu X hari ni, hahaha', "Kau perasan ka Cikgu x asyik pakai baju hijaunya saja', 'Macam nda bergosok ja baju ckgu tadi'. Tidak ka berdesing telinga dan terbakar hati dengar. Anak-anak zaman sekarang memang lepas semua. Kalau didapatnya gambar mungkin lama sudah diupload gambar selekeh cikgunya. Pengetua di tempat saya bertugas dahulu memang menitikberatkan soal berpakaian. Saya tidak boleh lupakan teguran beliau mengenai 'Bush Jacket', jacket hitam yang tebal itu, ala-ala sweater pun ada. Beliau kata 'kita di Malaysia cikgu, tidak panaskah berjaket begitu?, itu bukannya formal, blazer yang formal' hehehhee. Tambahan lagi bekas majikan seorang wanita, sudah tentu mementingkan imej. Di UMS ini memang menjadi kegemaran pelajar tu berjacket Bush, tidak terkecuali sekolah pendidikan. Ada nama sekolah la, nama sendiri la, jawatan la, smart la. Tapi sehingga kini saya merasakan bush jacket sesuatu yang tidak patut dijadikan budaya. Kurang sesuai.

Terpulang kepada bakal pendidik ,rakan-rakan seperjuangan untuk melihat etika berpakaian itu. Menyusahkan?, Skema?, Lame?, Boring?. Tapi percayalah, bakal kerjaya anda menuntut seribu kali ganda lebih dari itu. Kalau tuntutan etika berpakaian anda tidak mampu penuhi, apakan lagi perkara-perkara berat. Mulakan hari anda dengan semangat, tekad, pakaian yang kemas. Sulami hari dengan komitmen terbaik, budi indah, dan akhiri hari dengan kesyukuran dan redha serta semangat untuk buat yang lebih baik pada hari esoknya. Insya Allah si anak-anak didik bakal menerajui hidup bermakna dan menjadi insan berjaya.






Berpeluang menjadi model (pelik ja guna perkataan ini) etika berpakaian SPPS dan prospektus UMS tempoh hari yang lalu. Terima Kasih kepada pihak Permadik. Gambar di atas telah diambil oleh rakan seperjuangan TESL merangkap orang kuat Permadik, Cik Grace. Thank You for such a fine oppurtunity from you guys. Nice work.

No comments: