Tuesday, April 13, 2010

Kematangan

Maksud fikiran matang itu sebenarnya sangat subjektif. Pandai berdikari? Boleh berfikiran dewasa? Lebih bijak? Berfikiran panjang?....Di mana titik tolak kematangan fikiran itu sebenarnya.

Saya rasa saya matang dalam usia yang agak lewat. Lahir dan membesar sebagai anak tunggal, memang berjaya menjadikan hidup saya serba spoon-feed. Segala-galanya nampak happy di dunia. Kalau bersedih pun cuma sebab masalah remeh-temeh. Masalah yang sangat keanak-anakkan. Bila difikirkan balik, kenapalah membazir waktu bersedih kerana perkara yang tidak penting pun. Allah lebih berkuasa, bila saya kesusahan, baru saya tahu tinggi nilai hidup ini.

Fikiran yang matang akan bermula apabila seseorang itu diuji. Bukan ujian SPM, MUET mahupun Medsi ya. Tetapi ibu kepada semua ujian di dunia iaitu ujian Allah. Tidak kiralah mental tercabar, fizikal dilelahkan,atau hati digundahkan. Bila keadaan tidak berlaku seperti yang dirancang, memaksa kita untuk tabahkan hati, kuatkan semangat dan kumpulkan kudrat. Tapi itu bagi yang boleh menerima hakikat dan dugaan Allah. Kalau yang kalah dengan ujian itu, semuanya lumpuh, Allah dirasakan tidak adil, mengenakan kita. Orang lain okay ja...tapi kita malang datang dengan bau lagi.

Saya juga kadang-kadang dihimpit dalam hidup. Ada ketika mengalah dan mula menunding jari. Mencari seseorang untuk disalahkan. Merasakan malang telah menjadi bayang-bayang. Sampai satu ketika, merasakan Allah pilih kasih. Jahilnya fikiran, butanya hati saya. Cemburu tidak bertempat dengan kesenangan orang lain. Alhamdulillah sehingga kini masih mampu berdiri teguh. Masih mampu teruskan hidup. Sudah boleh menerima hakikat hidup bukan sentiasa di atas mahupun bawah. Selepas ujian pasti ada rahmat. Hikmah di sebalik segala. Kita hambaNya cuma mampu berusaha dan selebihnya biar Sang Pencipta tentukan.

No comments: