Tuesday, May 04, 2010

CB 1.04

1. Meja yang hampir kosong
Dulu penuh dengan laptop, nota-nota (kalau kena musim exam la). Setiap meja pula ada tabung. Asyik berebut duit syilling ja, jadi tabung penuh dulu. Then meja-meja ni juga menjadi sejarah kepada macam-macam hal, dari yang gembira, ke duka, manis beralih ke pahit dan amarah ke ketenangan. Semuanya jadi bahan tatapan meja-meja yang setia. Setiap meja gambarkan personaliti si empunya badan. Meja saya yang sangat berselerak sesuai dengan minda yang serabut dan jiwa yang seringkali tidak tenteram. Meja Ichi yang almost kosong sepanjang tahun, kemas orangnya, mood maker kami. Meja yang penuh dengan Mo-Mo katanya. Apa tu Mo-Mo? Koleksi barang lembu Kak Liza sentiasa jadi peneman setianya. Mug, jam, lampu, piring semuanya ada spot hitam putih. Setiap kali duduk di meja ni, seringkali terdengar ayat-ayat cliche yang ditujukan kepada saya......antaranya....'Anne pinjam external'. Hehehe...Apa tidaknya semua peminat Korean Entertainment. Meja ku sekarang cuma ada Buku Arab, Coffee Mate dan laptop.


2. Kasut-kasut yang mula ada jarak.

Dulu rak ni nampak penuh dengan kasut bersaiz 3. Ada 3 orang yang berkaki comel di bilik ni, termasuk sayalah. Si peminat pemusnah urat-urat kaki, atau lebih familiar dengan term 'High Heels', siapa lagi kalau bukan saya dan Kak Liza. Tidak sah tanpa kasut setinggi 3inci. Saya ni rendang ja orangnya, jadi perlukan anjakan lebih untuk tengok dunia, hehehehe. Mulut ringan sahaja berkata 'Kak Liza pinjam heels padini'. Hehehe. Then bila ada sepasang kasut baru yang muncul, semua pun try sama-sama. Sekarang tempat letak kasut-kasut sudah nampak kosong.




3. Tilam sudah tidak berlapik.

Cadar pun mewakili tuan-tuannya. Cadar kucing, hijau, biru, dan tidak ketinggalan lembu. Masing-masing ada citarasa. Tilam mula dilipat. Katil penuh dengan bagasi-bagasi, kotak printer, dan beg-beg yang tunggu masa tinggal diangkut. Sama seperti MSM dulu. Bezanya, bagasi dibawa masuk bukan keluar. Tapi suasananya sama, kosong. Katil yang dulunya bersangkutan penyangkut baju, sejadah, baju-baju, tuala dan baju X-rated (hehehehe) sudah tidak ada. Kosong. Kalau ada pun cuma penyangkut baju yang menggantung sweater.




4. Mana suara-suara dulu?

Kalau dulu bilik ni senyap sebab mata tidak lepas dari laptop. Telinga berkawan baik dengan headphone. Masing-masing humming lagu yang berlainan, Korea, lagu mamat Indon, English. Tidak pernah harmoni. Hehehe. Sekarang sunyi sebab anggota pun makin berkurangan. Tambah lagi anggota yang banyak celotehnya. Hehehe. Sepi itu tidak pula tetapi sunyi. Suara-suara apa lagi yang bakal dijumpa untuk tahun-tahun akan datang? Yang pasti dari gabungan yang berlainan. Mustahil yang sama.



Perjalanan bakal berakhir. Kosong? ya saya akui, namun cuma ruang bilik yang kosong tapi diri penuh dengan pengalaman. Semua jadi sejarah dan kenangan yang selamat disimpan, akan jadi ingatan sampai bila-bila. Insya-Allah cerita ini bakal berganti dengan cerita yang berlainan. Setahun sudah dilalui dengan saudara-saudara ku. Saya selalu kata dengan rakan sekelas dan pelajar-pelajar saya, yang tidak akan ada moment semuanya berkumpul balik. Buatlah reunion of the year pun, pasti tidak dapat kumpulkan semuanya. Cubalah kumpulkan rakan sekelas masa Ting.5 dahulu, pasti ada yang tertinggal. So semalam ialah hari terakhir kami berkumpul. Saya tidak rasa akan ada moment yang boleh kumpulkan cukup-cukup kroni Bilik CB 1.04. Semalam telah berakhir pertemuan itu. Terima Kasih atas budi sekalian.

No comments: