Monday, May 03, 2010

Akak Anne paper Arab ada lagi yekkk...

Emm saja mau ingatkan diri sendiri yang exam belum selesai. Tapi itu tidak menghalang saya untuk meluangkan masa dengan rummies yang tip-top. Memandangkan ada yang sudah start balik besok, so pegilah makan-makan dengan diorang malam Isnin ni. Lagipun dalam bilik ni ada beberapa orang yang akan grad tahun ni, so susah mau kumpul-kumpul lagi lepas ni. Lagipun yang tidak grad ni pun bukan semestinya boleh sebilik lagi, kalau lagi haru bila ada yang tidak dapat kediaman. Mintak dijauhkan la. Lepas ja hantar luggages di rumah cuzzy di KF, terus pegi dinner di Alamesra. Then ada sesi bumper car sikit and karaoke la of course. Hehehe.

Susah mau dapat rummies yang baik. Ada yang kurang bernasib baik, dapat orang yang panjang tangan, pengotor, dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah aku dapat rummies yang baik-baik belaka. Boleh bantu bila kesempitan dan boleh have fun together. Siap ada panggilan-panggilan tertentu lagi. Mak la, Kak Long la, Si Budak la, even panggil bapak pun ada, emmm jangan salah sangka ya, saya bukan beroomate kan lelaki. Hehehe. Then sejak minggu last ni, ringan ja mulut pinjam duit beli nasi lemak, minta biskut la, itulah inilah, tumpang yang ni la dan macam-macam lagi.

Tidur pun setempat ja. Kami telah renovate bilik ni (tanpa mengeluarkan sesen pun) dengan menyambung beberapa tilam di lantai meja study. Sebab bahagian meja study ni sejuk sikit. Tu yang shioookkk sikit tidur. Nampak macam kawasan setinggan pun ada meja study kami ni. Hahaaha. Bahagian katil pula penuh dengan luggages, beg2, kotak2 yang siap dipacking. Memang tidak nampak macam rupa tempat tidurla. Mudah-mudahan tiada la Jakmas ka, HEP ka, yang baca blok ni. Nanti mempengaruhi permohonan kediaman kami pula hehehe. Ada-ada ja kerja kami semenjak-dua-tiga-menjak ni. Ketawa lebih, sangat bising, and extra sleep of course. Mungkin sebab mau berpisah sudah, jadi semua pun bagi attitude yang sangat lively, so tidaklah terasa sangat bakal berjauhan.

To my rummies yang bakal grad, saya doakan yang terbaik for the future. Semoga semuanya berjalan lancar. Ada rezeki, kita jumpa lagi. Insya-Allah. Rummies yang seangkatan dengan saya pula, hopefully kita sebilik lagi. Then we can have another bumper car ride. Yeahhh!!! Enjoy your holiday fellas. Lots of L.O.V.E for you.

No comments: