Saturday, May 15, 2010

Guru oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Petikan Sajak Guru oh Guru, Usman Awang 1979







Tema Hari Guru 2010 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa bersesuaian dengan kehendak negara untuk membina sebuah negara yang mampu berkongsi nilai dan salah satu yang bertanggungjawab untuk membentuknya sudah tentulah profession mulia siapa lagi kalau bukan guru. Anak-anak kita menghabiskan masa 6 jam sehari, 5 kali seminggu di sekolah (mungkin lebih dari itu). Tidak dinafikan pembentukan dirinya (sahsiahnya) secara langsung dipengaruhi oleh persekitaran sekolah. Guru mungkin bukanlah ibu bapa, tapi di sekolah guru bertindak sebagai ibu bapa. Tanggungjawab guru bukan sekadar menumpahkan ilmu, menunjuk ajar, menyampai, memberi contoh tetapi jauh lebih berat dari semua itu. Rancangan Mengajar sudah siap tapi di kepala dan hati seorang guru siapa tahu. Ada seribu satu lagi yang perlu diselesaikan. Tidak pernah dia berhenti memikirkan tugasnya, anak didiknya.




Ma saya seorang guru tuisyen sepenuh masa selepas berhenti sebagai GSTT sekitar tahun 2002. Mungkin lebih minat dengan bisnes dan katanya kurang beban kerja. Ada seorang murid beliau, cukup cerdik. Mula berada di kelas Bahasa Inggeris ma saya sejak darjah 1 lagi. Kemudian Tahun 3 dia dipindahkan ke pusat Tuisyen lain. Tapi budak ni liat masuk ke kelas lain, malah minta ibunya pindahkan dia balik kepada ma saya...'mahu cikgu Neriza' katanya. Sampai ke Tahun 6 ma saya bimbing dia. Setiap kali Hari Guru ibunya sendiri sampaikan bunga dan kek kepada ma saya. Mahu katakan ma saya guru yang lembut tapi dia garang. Kalau muridnya gerakkan kerusi pun beliau rasa terganggu. Ma saya padai buat lawak? Tidak juga. Malah pengajarannya straight to the point. Tidak berselang-seli dengan jenaka. Apa hebatnya ma saya? Cuma murid-muridnya tahu dan faham.




Guru ideal susah untuk disenaraikan ciri-cirinya. Setiap orang ada guru favourite. Saya juga tidak terkecuali. Dari tadika ke menengah atas, saya jumpa bermacam-macam guru. Kadang-kadang ada yang terlalu diingat-ingat sehingga dihafal jokes-jokes dan tingkah lakunya di dalam kelas. Tapi sebagai manusia biasa, saya akui ada juga saya terlupa beberapa nama orang guru. Otak ada karat sikit agaknya. Semasa saya mahu kembali ke UMS, awal tahun ini, terserempak dengan guru kelas Tingkatan 6 Atas dulu, Puan Chong di Airport Tawau. Puan Chong mengajar saya Matematik T. Saya masih ingat beliau bagi soalan Matric sampai 180 soalan. Mau termuntah pun ada tengok soalan yang begitu banyak. Itu baru tengok, buat belum lagi. Soalan Differentiation pula mencecah sehingga 200 soalan, itu belum lagi set soalan Possibility. Saya akui semasa Ting 6 saya sangat pendiam. Tertekan dengan subjek-subjek Sains yang susah dan insecure yang melampau kerana dikelilingi rakan-rakan sekelas yang rata-ratanya berbangsa Cina. Semasa jumpa Puan Chong di airport beliau kata 'You have changed a lot...So cute'. Saya agak keliru dengan apa yang dia katakan, kemudian beliau tambah lagi 'You didn't talked much in my class but it's good to see you now'. Oh baru saya faham. Terdetik di hati saya, Puan dulu memang concern dengan saya. Saya sahaja yang lambat sedar. Saya ingat saya sebagai minoriti dalam kelas agak invisible, hakikatnya Puan Chong juga ambil berat akan saya.





Kemudian singgah sebentar di bidang pendidikan selama setahun membuatkan saya lebih mendalami profession ini. Terlalu ramai guru-guru hebat saya temui. Duduk di dalam bilik mesyuarat yang sama dengan mereka dijadikan sebagai ilmu dan pengalaman saya. Berdepan dengan anak-anak yang mintak ampun bermacam-macam hal. Kadang-kadang menguji kesabaran yang ada. Dari satu ke satu, belum selesai satu, sudah satu saya kena selesaikan. Saya cuma ada dua tangan dan 24 jam. Tapi guru tidak mengenal mustahil. Saya masih ingat sambutan Hari Guru pertama saya. Teruja lebih-lebih ni, maklumlah pelajar meraikan kita. Kenangan cukup manis saya rasakan. Tidak sabar menantikan sambutan Hari Guru saya yang seterusnya. 3 tahun akan datang? Insya Allah.




Selamat Hari Guru untuk yang bergelar pendidik.

3 comments:

SuFy said...

camat ari guru anne..miahaha..nice story!!

Annie said...

TQ sufy....Happy Teacher's Day 2 U too

Annie said...

TQ sufy....Happy Teacher's Day 2 U too