Wednesday, May 05, 2010

Temporary Farewell

Baru sahaja jumpa Audy untuk bagi Juju and Jojo. Siapa tu? Kucing peliharaan? Oh bukan, perkenalkan dua biji baldi saya. Hehehehe. Memandangkan rumah adik Dee Dee dekat ja dengan UMS, so tumpang rumah dia kejap untuk letak my baldis. Thank You D. Tidak mungkin la mau bawa balik naik flight kan. Ish!! Ish!! Aunty (merujuk pada mummy DD), sorry semakkan rumah aunty dengan baldis saya. Kalau aunty mau pakai tu baldi, aunty pakai ja ya. Hehehe.

Tadi paper Foreign Language, yang mana merupakan paper terakhir saya sudah pun selesai. Saya rasa sedikit terkilan sebab tidak dapat jawab dengan baik. Hopefully, tidaklah teruk sangat. Bila sudah habis paper ni, mulalah salam kawan-kawan seperjuangan TESL. Venuenya di cafe library. Sempatlah jumpa and salam Jen, Joan, Tracy, DD, Mummy Rogie (due date baby dalam masa terdekat ni), Ika, Shima, Andi dan beberapa orang senior saya. Maaf kalau ada silap dan salah ya. Halalkan mana yang termakan, terminum, terambik, dan terkata. Saya juga manusia biasa yang tidak mungkin lepas dari buat kesilapan.

Saya ada juga dengar khabar sikit-sikit yang ramai rakan TESL tidak dapat kediaman. Apalah nasib pelajar UMS ni. Kenapalah kediaman ni tidak mampu menampung semua pelajar. Kami ni bukan orang senang, harap duit pinjaman juga. Kata, siapa tidak jaga pointer kena buang. Ni yang pointer 2.4 dapat kediaman, yang Dean List habis kena kick out. Kata, siapa kurang aktif kena buang. Ni berderet cop passport, jawatan-jawatan dan penglibatan (tamu gadang la, mengundi la etc) yang merempat. Tidak perlulah ulas panjang-panjang nanti jadi isu pula blog ni. Cuma sedikit luahan hati. Nasib saya masih terumbang-ambing. Menurut HEP kediaman kepada salah seorang rakan saya, List Kediaman CD akan keluar pada masa cuti. Harap- harap saya dapat, Ya Allah.

Rasanya ni update terakhir blog saya dari UMS. Esok pukul 4.30 pagi akan bersiap untuk balik ke Tawau. Flight seperti biasa, pada pukul 7.00 pagi. Kali ni jalan lebih awal sebab bertolak sama-sama dengan rummy yang flightnya pada pukul 6.05 pagi. Next update akan dibuat di rumah la. Hehehe. Salam sayang untuk semua. Kita tutup lembaran tahun 1. Kenangan manis kita jadikan ingatan, yang pahit kita telan dan jadikan teladan. Semoga tahun yang akan datang membawa lebih banyak pengalaman yang berharga untuk semua rakan TESL.

simplyseoul.blogspot.com

No comments: