Sunday, June 13, 2010

Wedding atas bukit.

Tujuan sebenar pegi KK ni sebenarnya untuk menghadiri wedding kenalan rapat family. Venue wedding ni agak payah sikit bagi orang yang dari jauh macam kami. Celyn Resort Kundasang. Buat pengetahuan semua, kundasang ialah kaki bukit Gunung Kinabalu. So alang-alang sudah drive jauh ni sekali lah jalan-jalan dengan family di KK. Apa yang saya mau cerita ni bukan pasal jalan-jalan di KK tapi, venue wedding tu. Oh ya, wedding yang saya hadiri ni ialah non-muslim punya wedding.

Masa dalam perjalanan dari Gereja di area Bundu Tuhan, kami turun bukit dalam 15 minit. Jalannya agak sempit tapi keadaannya tidak teruk. Kira okaylah juga. Then kami konvoi ramai-ramai ke Kundasang. Celeyn resort terletak 3km dari simpang. So kena jalan jauh lagi ke dalam. Jalan ke resort ini tidak berturap. Kalau tadi kami turun bukit, sekarang kami naik bukit pula. Tetamu-tetamu yang bawa Proton tu asyik ketawa mengekek sebab kereta sudah Gear 1 tapi tetap tidak juga naik. Enjin semua mati di tengah jalan. Tapi walaupun kesusahan untuk mendaki, alhamdulillah semua tetamu selamat sampai.

Ni lah sekitar kawasan resort. Sangat memukau pandangan. Angin pun sejuk ja rasanya. Walaupun matahari tegak di kepala, tapi tidak rasa panas langsung. Saya sempat bertanya tentang rate-rate bilik/rumah di sana. Satu bilik/rumah boleh tinggal dalam 4-5 orang. Apa yang saya boleh kata, sangat berpatutan. Lebih kurang RM 150+++ . Mungkin view yang menghadap Gunung Kinabalu agak mahal sikit. So untuk yang mahu explore Sabah, apa kata try pergi ke kawasan Gunung Kinabalu. Sangat berbaloi. Banyak pilihan-pilihan resort atau cottage yang cantik di kaki Gunung Kinabalu.

p/s: Mau pergi bercuti dengan kawan-kawan TESL di luar Kota Kinabalu.........

2 comments:

Audee Valeria said...

Saya suka tempat sejuk2 yg mcm tu... Eheee :)

Annie said...

Me too....Berbaloi the money. The scenery is breathtaking. The wind is awesome.