Friday, August 06, 2010

Al-Kisah yang saya rumuskan.

Kaki saya penuh dengan blisters selepas berjalan seharian menuntut 100 unit saham di ASNB. Hasilnya tabungan di ASB dan RM 100 sebagai permulaan. Sangat berbaloi. Tapi bukan itu yang saya mahu kongsikan sebenarnya. Semasa balik tadi, buat pertama kalinya saya berdiri di hadapan bas. Dekat sangat dengan pemandu. Masa tinggal di Kampung dulu selalu juga berdiri tapi bila naik bas KF selalunya saya duduk. So diteruskan cerita, saya tertarik mendengar perbualan antara pak cik bas UMS dan seorang lelaki yang saya kira bekerja di UMS dan tinggal di KF. Perbualan ni xlah sebiji sama seperti yang saya dengar. Mungkin disingkatkan sedikit. Ni antara perbualan yang dapat saya tangkap.

Pakcik Bas: Nah kau tengok jem sudah (menunjuk ke arah gate)
Kakitangan UMS: Inilah susahnya kalau jem-jem begini, pegi saja sudah berapa lama, mau balik tu lagi jem juga.
Pakcik Bas: Diorang ingat kita saja-saja duduk di sana.
Kakitangan UMS: Susah kita ni kalau bulan puasa.
Pakcik Bas:.....................
Kakitangan UMS: Kau rasa bolehkah kalau 2 trip dalam masa 30 minit.
Pakcik Bas:..............................
Kakitangan UMS: Yang kesian ni budak-budak menunggu
Pakcik Bas: Ai biarlah diorang menunggu tu.
Kakitangan UMS: Bukan alang-alang ini jem. Kau tengok nah di sebelah. (Sambil menunjuk ke arah JPN). Pernah aku kira tu dari kedai di KF ja sampai ke roundabout sudah 7.30 ke 8.05.

Sebenarnya perbualan ni lagi panjang, sampai termasuk-masuk cerita bas IP xda roadtax semua. Tapi saya agak malas mau dengar. Selama saya di UMS, saya x pernah pandang serong dengan pemandu UMS, baik ketika tinggal di Kampung C dulu, atau di KF sekarang. Walaupun depan mata saya, pakcik bas cuma parking2 di tepi DKP tanpa buat apa-apa, tapi saya faham, kadang-kadang mahu menunggu jumlah student yang ramai, baru angkut sekali. Jimat minyak UMS lagi. Tapi bila saya dengar sendiri dengan telinga saya pemandu bas berfikiran sebegitu, sedikit sebanyak pandangan saya berubah. Saya mula fikir-fikir yang negatif. X mustahil saya mula menyumpah-nyumpah bas (dalam hati ja) selepas ni.

List kediaman untuk rayuan juga telah dikeluarkan. Nama saya tidak tersenarai untuk interview rayuan. Kecewa? Sangat kecewa. Nampaknya harapan untuk duduk di dalam kampung balik memang tipis. Sangat tipis. Hidup menumpang bakal diteruskan. Muka makin ditebalkan, setebal yang mampu. Walaupun saya bukan pelajar cemerlang, tapi keputusan saya boleh dikira baik. Saya aktif dalam berprogram. Sekarang saya susah menghadiri mesyuarat sebab kekangan kenderaan untuk balik lewat malam. Tapi itu xkan saya jadikan alasan untuk tidak terlibat dalam program. Sekarang ni dalam kepala saya...apa mau jadi pun, jadilah. Saya berserah ja.

Bulan Ramadhan al-mubarak yang bakal tiba ni akan jadi semakin mencabar bila tinggal di KF. Mungkin terpaksa berbuka di pondok bas sahaja apabila ada kelas sampai pukul 6. Saya anggap itu sebagai satu cabaran untuk saya sebagai mahasiswi dan umat Islam. Mudah-mudahan urusan saya di bulan Ramadhan dipermudahkan Allah s.w.t. So in case anda nampak botol air mineral dalam beg saya, jangan fikir yang bukan-bukan ya.......itu sebagai bekalan jika tidak sempat berbuka di rumah.

No comments: