Friday, August 27, 2010

Rindu dengan keluargaku

Alhamdulillah hari ni selesai 17 hari umat Islam berpuasa. Teringat kisah seorang teman di Ramadhan yang lalu, apabila dia mengadu domba bahawa kurang senang tinggal di dalam bilik yang cuma dia seorang muslimah. Masa ramadhan pun terpaksa berbuka seorang diri. Kali ni giliran saya mengalami nasib yang sama. Dalam 6 orang serumah ini cuma saya yg muslimah. Alhamdulillah saya beruntung diberikan kesempatan untuk tinggal dengan housemates yang mesra. Malah 4 daripada 6 merupakan pelajar pendidikan. Saya akui bahawa terasa sekali kesunyian menyambut Ramadhan apabila berbuka seorang. Rindu membuak-buak dengan keluarga tercinta di rumah. Semasa makan tadi ku pohon doa agar biarlah rezeki keluargaku lebih nikmat di sana. Bukan maksudku merungut dengan rezeki ku pula. Aku bersyukur dengan makanan yang ku jamah, namun harapanku agar mereka lebih gembira di sana supaya bulan Ramadhan ini lebih indah. Dua minggu ni terasa masa sempit sekali, assignment banyak yang perlu disiapkan. Belum lagi sebut pasal midterm. Semoga semuanya selesai juga. Saya akan balik ke tawau pada tarikh 2 Sept, jam 8.21 malam. Insya Allah. Mohon doa agar dipermudahkan semuanya.


ni sedutan sedikit perbualan yang baru sahaja berlaku tadi:
Ada sorg girl tunggu housemate saya, so dia duduk di ruang tamu kami.

Girl: Kamu student ijazah la ni?
Saya: Iya...Kamu student pasca?
Girl: (Ketawa).....saya nampak tua betul ka.....(walau dia nampak geli hati, tapi saya tahu dia berasap mendengarnya...offense agaknya). Saya student diploma............Perubatan.
Saya: (Masa ni saya buat antara layan dan tidak layan sahaja. Mata saya tepat ke skrin laptop.)
Girl: Melihat acuh x acuh saya, dalam nada yang sangat rendah beliau menyambung ayatnya...Teknologi Makmal Perubatan.

Percayalah saya tahu siapa student perubatan, siapa yang bukan. Senang sekali membaca nature mereka. Apatah lagi saya yang setahun tinggal berdekatan dengan pelajar perubatan. Siapa-siapa yang mendapat Kediaman Kingfingsher, xmungkin pelajar perubatan.....sama ada nurse atau kuli doktor. Minta maaf kalau ada yg tersinggung. Nasib sahaja girl tadi berbual dalam telefon dengan temannya, kalau tidak pasti saya tanya habis-habis subjek yang diambilnya. Janganlah malu dengan apa yang kau kerjain selagi ianya benar. Tidak apa kalau kita bukan bakal doktor atau Perdana Menteri. Mengakui sesuatu yang biasa2 tentang dirimu lebih baik dari mengiyakan sesuatu yang langsung tiada kaitannya sama hidupmu.

4 comments:

ani said...

yakinnya dia ckp bdk medic..huhu
all the best utk mid term ko ning
;)

Uncle Lee said...

Hi Annie, memories are good to have, especially of old friends.
You have a pleasant buka puasa and a happy hari merdeka, Lee.

mommieZee said...

ngehee...tajuk presentation yang cukup mengelirukan...

sama la kita anne...berbuka..bersahur..sorang sorang..nda sabar tunggu hubby balik...huhu

Saya blum start pun baca MD...
risau tahap dewa ni...good luck ya

Annie said...

ani: iya...tkezut aku ani...

UL: tQ 4 dropping by UL...I love ur merdeka post..AWESOME

Mommie: hehe...mesti dgn hubby skrg kan