Tuesday, August 03, 2010

Saya memilih untuk...

Banyak sebenarnya cerita yang saya mau kongsikan dalam blog, terutamanya berkenaan Program HIMPUN yang saya sertai baru-baru ni. Tapi biarlah saya mulakan dengan yang ini dulu. Masuk minggu ni, sudah 4 minggu saya mulakan Tahun ke-2, baru enjin study saya panas. Kenapalah lembab sangat sistem badan ni, nanti terlambat siapa yang rugi. So saya start buat apa yang patut untuk tunaikan kewajipan saya sebagai seorang pelajar. Subjek program sem ni pun sangatlah mencabar, tengok tajuk course macam okay ja. Tapi yang mengajar semua lecturer otai, so subjek yang pada pandangan saya agak senang menjadi subjek yang menggerunkan. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar sem ni. Then subjek yang saya jumpa buat kesekian kalinya x lain x bukan ialah Bahasa Arab. Makin susah saya tengok. Hari pertama kelas sahaja saya sudah berpeluh-peluh. Walaupun lecturer yang mengajar ialah lecturer yang sama, tapi tetap merasakan yang Foreign Language class ni bakal menyeksa saya sekali lagi...T_T. Looks like usaha sem ni kena berkali-kali ganda dari sem lalu.

Pie/Ice: Akan sentiasa mengingatkan diri untuk mengalihkan tumpuan ke study.

2 comments: