Tuesday, September 21, 2010

Jahat sangat ka???

Okay ni xda kena mengena dengan sesiapa k. Saja terpanggil untuk ulas sikit isu ni. Sejak dari tahun pertama di UMS sebagai mahasiswa pendidikan, saya dan coursemates sering diingatkan dengan culture shock yang bakal kami hadapi bila teaching practise nanti. Student zaman sekarang advance la, suka kenakan guru baru la, xboleh jentik sikit, xboleh terlalu marah, manja, macam-macam la. Ok saya akui semua statement-statement tu. Memang betul, kita xbleh pandang ringan style-style student zaman sekarang ni. Tapi tidaklah sampai saya memburuk-burukkan anak bangsa sendiri. Kalau sampai dilempar duster atau disiram air ketika masuk ke kelas, saya rasa itu cuma berlaku dalam movies. Tapi kalau betullah ada guru-guru baru yang kena macam tu, apa boleh buatlah.....nasib.

Then ada sorang lecturer saya yang kata 'malanglah guru perempuan yang masuk ke sekolah lelaki'. Okay saya xpernah lagi ada pengalaman mengajar di sekolah lelaki, tapi masuk ke kelas yang semuanya pelajar lelaki, memang pernah. Semua diorang ada 28 orang....pelajar aliran vokasional yang memang terkenal dengan kesamsengan nya. Memang gerun, betis pun rasa sejuk masa dalam perjalanan ke kelas. Saya doa dlm hati, jangan lah budak-budak ni letak ular ka dalam laci.

Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya tu, paling teruk saya kena pun bila disiul-siul pelajar lelaki dari tingkat atas. Pelajar perempuan jgn cerita, nakal-nakal di luar sekolah pun ,tetap cium tangan cikgu selepas selesai kelas. Kalau bab pelajar tidur, mengelamun, bercerita itu biasalah. Tapi dikenakan oleh pelajar xda pula. Mau kata saya masuk kelas yang goody-goody punya student emmmmm xjugak. Nakal!!!

Memang betul pelajar zaman sekarang berani dan ada lagaknya bila berhadapan dengan cikgu. tapi saya masih percaya, anak bangsa kita masih kenal hormat dan diorang masih menyanjung profession guru tu. Diorang hormat dengan seseorang yang bergelar guru. Percayalah. Kalau ada yang hilang hormat pun cuma dalam jumlah sedikit. Bukan sekelas. Tapi saya sangat setuju bila salah seorang lecturer saya pernah kata 'Tetapkan pendirian dan ketegasan, kalau x, student pijak kepala'. Ni memang setuju sangat2. Bila student mula nampak kita jenis berlembut, baru dia mula buli.

Sekadar Berkongsi Pendapat.......

No comments: