Friday, November 12, 2010

Cerita di hari pertama exam

Biasalah sindrom sebelum hari pertama exam, susah tidur la, nervous la.

Paper pertama FYI ialah Komputer dan Multimedia dalam Pendidikan. First of all saya kurang arif sikit bab-bab computer ni ya. Update blog and You Tube saya terer.

So soalan dalam Bahasa Kebangsaan, jadi niat di hati mau jawab Bahasa Inggeris biar sedap sikit bunyi gorengan tu. Tapi yang menjadi masalah bila 15 minit merenung kertas soalan, xbuat apa-apa langsung sebab geli hati dengan translation sendiri....

Baca soalan...'faktor-faktor yang menyumbang kejayaan pengajaran & pembelajaran melalui ICT....Translate punya translate....'There are many factor that contribute to blah blah blah'. Emm biar betul perkataan factor tu. Membuang masa btulll.

Then yang ni dikongsi bukan sebab aku ada hidden agenda ka, perasan bagus ka. Tapi ni lah kali pertama aku jumpa teknik macam ni. Teknik apa? Tunggu saya cerita.

Memandangkan saya sudah siap, so pengawas kutiplah paper tu. Tapi saya xboleh keluar dewan lagi sebab dalam masa 15 minit masa terakhir peperiksaan. So saya just duduk2 sambil jeling2 orang lain.

Bila masa pun habis, pengawas lain pun mula kutip semua papers. So sorang pengawas pun lalu tepi meja saya and tengok meja saya kosong.

Pengawas: $%%#@%^&**$# (Bukan mencarut, tapi aku xdengar apa dia cakap)
Saya: Terpinga-pinga ....Apa?

Pengawas: $%%#@%^&**$#
Saya: Masih blurrr tapi bercampur takut sebab other people attention drawn to me, maybe paper ada masalah ....Hah?

(masa ni tiba-tiba saya dengar one of my friend ketawa di belakang)

Pengawas: Kau ada tulis nombor telefon kau tadi? (sambil senyum-senyum)
Saya: $%%#@%^&**$$# (Bukan mencarut tapi =_=)


Oh ya pengawas di atas ialah pembantu pengawas bukan ketua pengawas Ustaz Ashraf tu.... kekekkeke.....


pie/ice: kurang yakin dengan paper tadi. Hope for better luck next time.

4 comments:

Sherry said...

bukan mencarut tp mengurat..haha..hensem ka Anne?..haha

Annie said...

Hahaha...maybe menyakat ja. Hensem? Bukan kejam tapi ndak la. Keke.

ani said...

ahahaha...lawaknya...keke

Annie said...

hmmmm instead of rasa bangga sebab time exam pun di tinguk2, malu lg banyak, semua org maybe thought paper aku ada masalah +_+