Friday, December 24, 2010

Aku rindu pau pandan

Sebulan lebih sudah aku sini, perkara paling aku rindu di KK ialah pau pandan. Di KK tu cuma satu tempat ja aku tau jual pau pandan. Sedap lagi tu. Aku pernah beli dua pau pandan ni, then satu untuk makan lunch, satu lagi makan dinner. Sebab jimat duit beb. Hehe.



Pau pandan ni la temankan aku time susah, dulu masa first sem maggi yang temankan. Maybe no one knows kenapa berat badan aku masa first sem naik 6 kilo. Banyak orang assume sebab utama selera makan aku bertambah, those are just bullsheet, berat aku mendadak naik tapi sebab aku banyak makan maggi. Bapak aku pernah cakap 'kau banyak makan maggi kan'....dia ja orang yang macam tau2. Tapi aku sudah kurangkan maggi sem ni, nanti otak yang kurang bijak jadi makin bengong.

Masa tu masa2 kering (1st sem & 2nd sem) sebab duit PT aku sangkut. Jadi aku budget2 makanlah. Aku ndak pernah sekali pun sepanjang 3 sem ni buat panggilan telefon ke parents aku and minta duit. Never. Bukan riak, tapi kebenaran. Aku tak sampai hati minta duit, kesian bah dorang. Bukan senang cari duit tu. Kadang-kadang kalau ada lebih duit PT, aku transferred ke akaun mak aku, bikin bayar bil elektrik ka, apa-apa lah. Some duit PT aku pun sudah masuk ASB. Hehe.

Pernah sekali tu aku pegi shopping gila-gila la. Then sampai orang sebelah aku yang teman aku jalan bawa mengucap panjang sebab aku shopping macam tiada hari esok. Sampai sekarang aku masih dengar sindiran orang. Sebenarnya masa tu lepas cuti raya, aku dapat duit raya dari bakal mertua aku....eeecehcehceh. Tu yang aku ambik kesempatan jadi boros. Jarang aku dapat peluang jadi boros, bila ada kesempatan terus aku belanja. Biarlah orang mengata, bukan diorang tau pun kan.

Then bila aku pakai hp baru, laptop baru time buka sem, orang ingat aku banyak duitlah. Hp N97 mini tu sebenarnya orang bagi, sumpah bukan aku beli. Laptop aku pula bayar secara ansuran. Alhamdulillah dah habis bayar. Cuba kau tanya pelajar2 di UMS tu berapa orang yang beli laptop ansuran, aku rasa maybe 1 dalam 1000 kot.

Rutin aku di KK juga, beli majalah CLEO, itu aku ndak boleh elak. RM 7 per month, give me a break lahh. Kalau di Tawau, aku ndak beli sebab harganya mencecah RM 15. Memang aku suka betul tengok make-upnya, fashion-fashion, articles, semualah, from cover to cover aku baca. Believe me, I have a good sense of style, I'm not kidding here. Maybe bab fashion aku kurang sikit, tapi bab style, I'm confident. Cuma aku ndak dapat portrayed dalam diri aku. If you really listened to my advice, people will looked at you twice.

Selepas berfikir panjang aku sudah ada resolution untuk 2011. Insya Allah aku mau laksankan dengan baik. Nantilah saya share apa resolution tu. Pengajaran masa lampau mengajar kita untuk jadi lebih baik.

Aku rindu pau pandan. Pau pandan teman aku time susah. Balik kk nanti aku beli kau terus bebehh.

7 comments:

WSB said...

Congratz! New Wasaber. Follow all the WSB members to stay connected among Wasabers. ;)

Tp logo WSB nda klihatan. Sila lekat segera. TQ!

ieMa ackLes said...

suka pau pndan jgk..
hhihi

Zezebel said...

betul tu, megi boleh mengemukkan. Masa matriks, saya suka beli pelbagai jenis megi, suka try semua jenis megi. Last2, badan naik...jd montel kejap..huhu. Dah tu, lepas mkn megi je, mesti ngantuk gila...

Annie said...

WSB: Thank U admin. Sy dah letak.

ieMa ackLes: Sedap kan...rindu nak makan.

Zezebel: Memang maggi bikin tambah body fat saja...keke

::Budak Degil:: said...

woh..susah nak dpt tu..
ade pon pau kaya biase je..

Annie said...

::Budak Degil:: : Thanks commentnya. Hehe. Saya ndak pernah rasa lagi pau kaya tu. Macam sedap pula saya rasa.

Sha Shakina said...

hehe. sha tak pnh rasa pau pandan. yg sha selalu mkn pau kaya dgn kcg je. hehe :)