Wednesday, December 08, 2010

Trek Selebriti AF (and maybe Heliza)

Ni bukan selebriti AF yang Akademi Fantasia tu, tapi Annie dan Fikry. So AF jugalah, malangnya bukan selebriti. Ingat tadi aku plan pegi lunch dengan bf then teman dia pegi beli book shelf. Tiba-tiba masa lalu sekolah lama aku, sentimental plus sebak-sebak sikit (cheeehhh). Aku pun request 'Jom pi singgah depan gate sekolah and ambik gambar'. Jadinya, aku ambik gambar di tiap sekolah lama aku termasuk tadika sekali. T_T


Ni lah the never be selebriti hari ni yang bakal trek diri sendiri.....T_T......menyedihkan!!!!


1993-1994 Tadika Holy Trinity. 2 tahun aku spend time sini. Masa di tadika ni kami dikelilingi banyak Sister and Mother (rahib) sebab Tadika ni di bawah pentadbiran Gereja Holy Trinity. Cikgu kami semua cute-cute. Best, so many memories kanak-kanak aku sini.


1995-2000 SK Holy Trinity. Ni sekolah rendah aku. My bf pun sekolah cni juga. Sayang sangat sekolah ni. Cerita-cerita hantu time sekolah, main masak-masak, best friends yang so bestie, etc etc etc. Maybe banyak yang aku lupa, tapi everytime aku cuba reminiscence balik those memories, it never fails to move my heart.


Sekolah menengah aku sebelah ja.


2001-2005 SM Konven St. Ursula. Ni satu-satunya sekolah perempuan di Tawau. Buat pengetahuan semua Heliza Helmi AF5 ialah senior aku. Masa aku Form 1 dia Form 3. Dia tu pengawas, memang teacher's pet. Terutama Cikgu BM aku, memang asyik sebut nama dia dalam kelas kami, jadikan contoh masa aku tingkatan 3.


Ni pondok bas aku selalu tunggu bas. Vandalisme betullll. Sini jugalah I always lambai-lambai my bf masa balik sekolah. Masa tu masih kawan lagi.


2006-2007 SMK Tawau. Aku menuntut sini masa Tingkatan 6. Among the top school in Tawau. All the teachers memang garang-garang, strict. Buat takut. Masa aku tingkatan 6, most of my classmates Chinese. So aku ni jadi diam ja dalam kelas. Lagipun tension plus stress ambik subject Physics masa Form 6. Kira kami ni isolated sikit.

2008-2009 SM Teknik Tawau. Aku x pernah sekolah sini. Tapi di sinilah aku bertugas untuk 11 bulan sebagai Guru Sandaran. Pengalaman dan kenangan yang tidak ternilai. Akan ku kenang sempai bila-bila. Masuk-masuk ja terus ajar Form 4, sejarah lagi tu, subjek aku paling dislikes. The next year bila dapat sambung kontrak diorang bagi aku jadi Guru Kelas Form 5. Masya Allah memang menguji betul. Apa-pun memang best.Dapat kawan-kawan baru semua. Aku xturun dari kereta masa ni, banyak sangat car tengah parking untuk main bola. So snap dari kereta ja.


Thanks pada bf sebab sudi menghabiskan minyak untuk bawa aku pegi jalan-jalan balik. Actually mau ambik gambar dalam kelas tapi takut x dibenarkan sebab masih musim SPM STPM, so gambar di gate-gate ja la.

10 comments:

Sha Shakina said...

comelnye dye. =)

khaiyisah husna said...

rindu sekolah..sob3

Amirrah Zawani said...

bestnya pg balik kat skolah2 kita dulu2.. teringat segala memori.. :)

Jill Ah said...
This comment has been removed by the author.
Jill Ah said...

hye... sk holy trinity???
dlu sy pun skola d situ... :)

Annie said...

Thanks for your lovely comments

Sha Shakina: Ecehhh malu ny...*blush*blush*

khaiyisah husna: hmm betul, banyak kenangan. sob sob.

Amirrah Zawani: Hahaha...macam2 jadi time sekolah.

Jill Ah: Hai. U ni orang Tawau? ka pernah stay Tawau. Tahun berapa U sekolah sana?

Jill Ah said...

aah... dok twu n kk. skola kat situ thun 1997. then high school kat kk. d mrsm. n skrng stdy at uitm shah alam...:) u?

ani said...

ning, yg tmpat ko tunggu bas tu d mn?hik..x igt pla aku..uhu

Annie said...

Jill Ah: oooh You are one of my senior la ni. Hehe. Nice to meet U. I was in Holy dr thun 1995-2000.

ani: Pondok konven yang di atas tu ani. Hehe

yaya c domo said...

wow! baru jer search skolah mana nak pergi.. decide nak pergi skolah konven.. hoho.. :)