Wednesday, January 26, 2011

Almost lost my hp


Ni lah perangai cuai ditambah dengan pelupa yang makin melampau-lampau.

Aku tersedar hp hilang ni masa kelas dah start beb. Kelas aku di SPPS dan hp tu hilang di library (agak jauh la jg). Masa ni si Lecturer A tengah suruh kami introduce diri sikit-sikit. Week 4 baru introduce diri???, well apa boleh buat kami tiada lecturer sebelum ni. So siapa2 ada master linguistik tu pegilah apply job di Sekolah Pendidikan UMS and start ajar kami.

Ok balik-balik ke agenda sebenar. Lecturer A suruh kami tarik perhatian dia la konon. Yang wajib diintroducekan ialah nama, umur, asal, and boyfriend. Hahhhh!!! Ya btul, dia suruh bagitau satu kelas siapa bf kami, kalau ada lah. Kalau ndak da boleh bagitau dream partner seperti Ustaz Amirul, ahli DBSK ataupun anak Datuk.

(masa ni aku dengar Kak Hilda yang baru masuk kelas, bisik di belakang, Anne hp kau hilang ka? lebih kurang macam tu la)

Aku masih acuh tak acuh, tapi sambil korek-korek handbag, bongkar punya bongkar, keringat dah keluar, sah hp aku hilang. Aku mula bepaling and tanya Kak Hilda. Kak Hilda pun cerita hp tu ada dengan librarian. Masa ni aku tiba-tiba angkat tangan setinggi-tingginya untuk volunteer jadi orang pertama introduce diri. Lecture pun cakap Wow!!!!...

Bila aku berdiri aku terus cakap...
Actually I want to go first because I left my hp at that library. That hp was given to me by my bf's father. So can I leave this class a while after this?

Masa ni English aku tunggang langgang. Grammar, Grandpa semua aku main belasah. Instead of bf's father, maybe aku tesebut father's bf. Vocab pun jangan cerita la, hancur berderai, boleh luluh hati Cikgu Inggeris aku dengar.

Tapi dia ndak mau bagi aku keluar jugak beb. Panas dah hati aku. Mulalah aku merapu buat introduction diri sepanjang 360 patah perkataan. Aku rasa introduction yang paling panjang pernah aku buat seumur hidup. Semua aku cerita. Nama aku pun siap aku eja, teaching experience semua kuar. Dia ndak bagi juga aku jalan, dia kata 'You haven't talk about your bf'. Lepas dia cakap macam tu terus aku buka cerita pasal bf aku, habis aku cerita kasi dengar satu kelas........He said another Wow masa I told him we've been together for 4 years.

Lepas dia cakap OK. Terus aku cabut pegi library. Masa ni I wear quite an unappropriate shoes. Heels yang ada platform. Sakitnya kaki masa berjalan tu Tuhan ja tau and berdebarnya hati cuma aku yang rasa. Aku rasa macam nak nanges masa melintas jalan. Sampai ja di library, librarian siap buat lawak kata dia dah pegi jual hp tu. Dapat jugalah RM600...Hahaha....Dapat ja hp tu di tangan, aku rasa syukur sangat. Tak putus-putus aku doa untuk librarian tu and student yang jumpa.




Ni lah hp N97 mini saya


Dalam rekod buku tu nama budak yang jumpa ialah Nur Zalikha and nama librarian tu Fazlee. Moga Allah membalas budi mu. Not forgetting Kak Hilda.


Pie/Ice: Aku perasan librarian tu baca message-message aku sebab dia kata ada orang tanya lecturer da sampai ke belum.....hehehe

5 comments:

Ierasz Cik Ira V~,^ said...

oh my..budak yg jumpa tu mmg sgt BAIK. baik anne pegi jejak kaseh dia n belanja dia mkn.. siyesss,, mmg baik la tu....

mommieZee said...

:) len kali jangan lupa lagi ya.. betul ayang yang Cik Ira cakap tu, nanti ko cari nur zalika tu,blanja milky tea and wafel.. :P

Annie said...

Ierasz Cik Ira V~,^: Budak tu memang jujur. Jarang jumpa orang yang jujur zmn sekarang. Hopefully dapat jumpa balik. Ingat ,nak check balik nama penuh and matrik no.nya. Pasti sy bals budinya wpun tidak setimpal.

mommieZee: Tengs kak...nanti sy jumpa falee balik and cari budak tu. Belanja sup ayam sekali.

sayasayangkamuhamim (: said...

alhamdulillah .. nasib baik dapat balik hp tu . (:

Annie said...

ayasayangkamuhamim (: : Alhamdulillah mmg masih rezeki saya.