Thursday, January 06, 2011

Books let me travel



Scene ni daripada drama Marry Me, Mary. You guys watch the drama in KBSWorld, Mon-Tue, 9.03pm. Pernah buat macam scene di atas? No , not reading romantically with a man tapi baca buku di sudut-sudut kedai buku. Kadang-kadang poket tidak mengizinkan untuk beli buku so kita baca la mana yang sempat di Times tu haha. Orang Sabah kata baca tapuk-tapuk (tapuk=sembunyi).

Kadang-kadang setakat baca buku manual DSLR atau photography, ndak kan la mau beli buku tu kan, sedangkan DSLR pu tarakk, jangankan DSLR, camera digital pu sudah dicuri. So baca tapuk-tapuk ja di kedai buku.

Bookstore di Tawau ni mostly jenis yang kedekut. Dia ndak bagi customer review buku tu. Buku-buku tu semua kena plastik. So kalau mau belek sekalipun, kena beli. Kalau time kecik-kecik dulu (masih kecik sampai sekarang), bila tanya my mak untuk beli buku, mak mesti cakap 'lain kalilah beli'. Aku faham, bukannya my mak ndak mau belikan, tapi mostly buku-buku tu mahal. Paling murah pun RM30+++. Fikir sampai hangus jugalah kalau teringin beli. Usually I ended up beli buku rujukan sekolah ja.

Tapi walaupun my mak jarang belikan buku tapi dia selalu bawa aku pegi Public Library Tawau. Library ni not so bad, very big, collection buku dia pun boleh tahan, ndak la buku purba ja, quite up to date. Pegi library ni jadi habit aku sampai aku sekolah menengah. Aku suka pegi malam, sebab ndak banyak orang, sunyi and tenteram sikit. Aku akan stay sana sampai 8.45malam sementara tunggu my mum habis kerja. Sejak habis sekolah ndak pernah pegi sudah. Apalah kejadiannya library tu sekarang.

Masa aku masuk sekolah menengah aku mula minat baca buku pelancongan. Majalah yang aku beli masa tu LIBUR and suka tengok buku tour guide. Mak bapak aku bukan orang senang, tiap-tiap cuti sekolah boleh bawa pegi cuti-cuti Malaysia. Aku manalah pernah melancong, Sabah pun ndak khatam lagi. Aku masih ingat baca pasal Budapest, Lake Come Italy, Bali etc etc. Masa tu juga, ada sorang kakak sepupu aku belajar di Labuan. Setiap kali dia balik cuti aku akan pesan untuk ambik In-Flight magazine. Haha. up until now, I seriously have no idea whether those magazines are free or not.

Tapi bila semakin lama, it hurts me when I keep reading those books realising I might cannot go to those places. So I stopped. Even until now pun, bila I buka balik buku and majalah tu, perasaan automatically jadi mesmerize + sentimental. Setiap kali kalau aku dalam flight pun aku akan fikir, alangkah baiknya kalau flight ni land di tempat-tempat yang aku mau. Insya-Allah kalau ada umur dan rezeki akan saya cuba realisasikan. Bagi sesetengah orang mungkin ndak akan faham makna impian ni.

Back to books, so umur yang bakal 23 ni, books never fail to make me fall in love to knowledge. Cinta terhadap buku sentiasa ada.

10 comments:

ani said...

me too ning! ada book fair cni, perghh murah gila buku2nya..rambang mata aku tgk..hik

Annie said...

Ni yang best ni kalau sudah murah. Borong lebih sikit.

Farah MR said...

mary!!! lama dah x tgk..sangkut sampai ep 9..tak sanggup mo tgk sbb dia pilih jang geun suk...

Annie said...

Farah MR: Maknanya fara kau minat Jae Wook la ni kan. Na du, Na du. Aku ada sampai 12....pun blum hbis tgk lagi. Xminat sgt ceritany.

chocolatte said...

mana boleh bawak kuar weh..nama pon in-flight magz..ape daa..haha

Annie said...

chocolatte: So aku ada collections curi.

Ierasz Cik Ira V~,^ said...

sy fhm.. hehehe... but in my case, i like to imagine. bayangkan dpt pegi tmpat2 yg ada dlm mag tu, then can buy things like in the mag.. mcm hand bag... pastu suka imagine klu ada kuasa magic, bole pegi tempat2 tu sekelip mata...hehehe..even im getting older, seriously, suka berangan klu baca mag...:p ya ampun

Annie said...

Ierasz Cik Ira V~,^: Kak Ira the we're in the same boat but have different paddle. Hahaha... kak have wild imagination. Glad to have someone yang faham.

Gel said...

I get this hunch feeling that we WILL step our foot on the land of South Korea or maybe Japan hohoho...no worry...we're still young...as long as God still give us chance to live we definitely will....

As a matter of fact, even if we already old, as long as we have the stamina and healthy, we can still go travel to somewhere :)

Kumpul duit, rancang and 10 thun dr skrg....it's all about planning and budget....things aren't that complicated if we make it clear :) OK?! Don't let your hope down :D

Annie said...

Gel: Hehe...I really want to go. Hopefully ada rezeki lebih. Mau pigi sama kau dengan c Eyen. Yes I believe it's not that complicated...