Monday, January 03, 2011

Masuk Darjah 1, bukan aku.

Hari ni officially cousin aku si Fifi masuk Darjah 1. Dekat ja sekolah dengan rumah ni (ndak sampai 10 minit kalau jalan kaki). Wow jam 10 sudah dia pakai baju siap dengan stokin semua, ndak ketinggalan, botol air pink Tom & Jerry. Lepas tu ada sesi pose sana sini dengan baju baru. Then masa mula jalan ke sekolah pun, lompat-lompat dan agak besar langkahnya, mau cepat sampai mungkin. Siap teriak dari bawah 'babaii Kak Aneng' hahaha.



Aku rasa dia imagine masuk darjah 1 ni macam cerita Geng Bas Sekolah mungkin. Ada geng atau kroni yang 1Malaysia di sekolah. Then tiba-tiba datang penjahat, mungkin cikgu akan lawan penjahat tu, then cikgu tiba-tiba jadi geng bas sekolah juga walaupun si Fifi ni ndak naik bas sekolah pun.

Dulu aku ingat time darjah 1 ada satu orang kawan ni meraung-raung kalau pegi sekolah. Hahaha. Nama tidak akan disebut di sini demi menjaga air muka si kawan. Orang tengah khusyuk belajar dalam kelas tiba-tiba ada pula orang meraung-raung di luar kelas. FYI, kami ndak satu kelas. Then classmates pun sebok-sebok pigi tengok. Ada drama bertarung-tarung di pagar, sampai cikgu heret, hahaha. Kesian cikgu time tu. Tiap-tiap hari dia mengamuk, macam drama bersiri sudah.

7 comments:

ani said...

hihhihi...anak buah aku pun masuk darjah 1, siap ckp "abg nerves la kak ani.." ahaha lawaknya

sheschocoholic @ leeya said...

comel je spupu tu..hehe..

Annie said...

ani: haha. Dui dui cutenya...Nerves2 pula.

sheschocoholic @ leeya : hehe...nanti sy bgtau dia..mesti dia kembang tu.

Gel said...

huhu, sapa budak yg meraung2 luar kelas tu??
hehe biasalah, Fifi bah tu...ndak kenal takut...men redah jak hahhaha

Annie said...

Gel: Hahaha ada tu budak lelaki. Lucu gila tau kalau ingat. Seriously meraung di pagar.

biskut said...

belajar rerajin ...good luck..

Annie said...

biskut: Thank You biskut....U too, best of luck k.