Friday, February 25, 2011

Aku heran ada budak U begini

Warning: Bahasa yang memang straight forward ke hati korang disertakan dengan sindiran tajam yang boleh buat kamu ndak suka aku.

1. Lifestyle macam Datin.
Masya Allah dari rambut ke kaki semua nya memang standard2. Kalau kau memang kaya atau ada sugar daddy ndak pa juga. Dik, akak nasihatkan jangan la terbawa-bawa dengan kawan sangat ya. Kawan kau maybe mampu, kau tidak. Kau tengok ja la, jangan melayan sangat kehendak hati tu. Kamu tu guna duit pinjaman, biasiswa. Kamu mau tau ka dari mana sumber tu semua. Cukai. Duit rakyat. Jangan kamu sia-siakan untuk hias badan. Berpada-padalah.

2. Merancang ndak tengok tepi atas bawah.
Okay aku tau ada yang nak buat terbaik konon untuk aktiviti tertentu. Sini aku bagi nasihat sikit. Aku tau kau sudah ukur baju di badan kau. Tapi apa kata kali ni kau ukur baju di badan orang pula. Orang lain mampu ka, orang lain mau ka, orang lain suka ka. Ndak semua orang semampu kau. Jadi fikir-fikir kan lah. Jangan mau begayak grand-grand kalau setakat student.

3. Gila balik kampung.
Ni ditujukan khas untuk yang kampung dekat area UMS atau area KK la. Diorang ni jenis yang mengelak hari Jumaat. Jadi pantang la disuruh pegi meeting hari Jumaat memang ndak nampak bayang la. Alasan mau balik kampung. Ni dengar nasihat aku, jangan mengada homesick sgt. Cuba bayangkan kau tu belajar oversea, so rumah kau jauhlah dari kampus, jadinya ndak da la kau merengek-rengek tiap minggu balik kampung.

4. Perangai macam terpelajar sangat
Perangai ja la, tapi kerja habuk juga. Buat reference ndak tau, ayat budak SPM. Malulah budak Universiti buat kerja gitu. Tapi time bincang mengalahkan aku yang senior ni. Aku diam ja di tepi. Malas mau layan conversation lebih kuah dari sudu. Buat dulu baru kau tunjuk hebat kau.


Hari ni komplen 4 ja. Lebih-lebih nanti berasap pulak. Kau kata aku jahat lagi. Bai.

3 comments:

Ierasz Cik Ira V~,^ said...

hahahaha... yg mcm datin tu ndak tahan!

SimplySeoul said...

Ierasz Cik Ira V~,^ : kak Ira!!!! Lama xnampak... Memang ada yg Datin2 tu d UMS

adam said...

betul tu cik kak..
kebanyakan di kampus sy pun begitu.. haisshh.... hairan sungguh..