Thursday, February 17, 2011

Kempen Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Tajuk terpanjang aku pernah buat mungkin.

Walaupun 2 tahun sudah aku di UMS, tapi first time aku pegi tengok kempen pilihan raya MPP. Dulu aku tinggal dalam kampus. Sekarang tinggal luar. Walaupun cafe Kingfisher ndak sebesar Kg. E dan ndak da bangunan tinggi macam di Kampung AB (apa kena-mengena ni), komuniti kecil pun boleh bagi sambutan yang meriah.



Ngam-ngam lagi malam ni Chap Goh Mei. Jiran kami ni mostly cina, so banyak la pertunjukan free bunga api. Bukan bunga api kecik tu, yang terbang-terbang di langit, bunyi dentam-dentum. Then seperti biasa, majlis patut mula 9.00 malam. Tapi jam 10.00 malam baru bedatangan. Ndak sesuai la kan mau bising-bising di kawasan kejiranan kami ni. Budak-budak mau tidur awal pegi sekolah lagi besok (padahal yang memblog ni menahan ngantuk).

Ada yang guna slogan KETAM la, PERSONA la, OMBAK la (ka OngBak). Wakil terbanyak dari sekolah aku sendiri which is Sekolah Pendidkan. Ada manifesto yang mau kumpul pakcik-pakcik bus untuk selesaikan masalah bas Kingfisher. Hahahaha (ketawa menyindir).......haha (ketawa lagi).. Good luck la ya. Mostly aku dengar ada yang mau usaha kasi turun harga makanan di kafe dan even ada cita-cita mau turunkan harga yuran di UMS. Again, good luck la ya.



pie/ice: Aku belum daftar untuk jadi pengundi...umur aku sudah errr.

2 comments:

Farah MR said...

sini sama jugak..minggu ni penamaan calon..tadi ada sesi memperkenalkan calon2 dgn budak 1st yer..
sy pun lum daftar lg..hehe

SimplySeoul said...

Farah MR: Jadi para bila kita mau mdaftar ni....ndak kenak tangkap polis ka kita.