Sunday, February 27, 2011

Sesi Pengenalan Jakmas KF 2010/2011

Align CenterJam 8 tadi berlangsung sesi pengenalan calon Jakmas 2010/2011...Wooo kena bagi speech ni. 5 minit lagi tu. Punya panjang. Masa majlis ni juga diumumkan yang aku salah satu Ahli Majlis Tertinggi iaitu Setiausaha dan memegang portfolio Exco Akademik. Tapi highlight of the story of course la bila aku ditalipon untuk bagitau yang aku berjaya.

Jam 2 lebih Encik Khairul talipon. Aku macam kecewa-kecewa sudah ingat ndak dapat. Kan sampai jam 2 pun tiada khabar. Tapi Alhamdulillah akhirnya panggilan yang aku tunggu tu datang juga. Encik Khairul siap bermadah helah lagi dalam talipon.

Kau rasa kenapa saya talipon kau ni
Saya dapat ka Encik?, Betulkah? (memang jujur sungguh statement confident tu)



Dia suruh pakai baju formal dan siapkan speech. Nahh ndak pernah aku buat lagi pakai formal Jam 8 malam. Tapi no hal, small matter. Lawa apa berbaju kurung. Then speech aku buat dalam nada selamba jak. Ndak lah macam bertanding MPP tu. Yang lucunya masa aku buat speech tu aku lupa bagitau umur. Hahaha. Malu ka Cik Anne dengan umur tu? Hehe.

Masa mau diperkenalkan Pengerusi Majlis dia pun cakap 'Ok seterusnya, orang yang kecil molek, cute dari Kudat, ehhh Kudat ka, Tawau kan' (Dia cakap, aku bukan budget perasan). ' Lepas ni tanya no. talipon dia, kalau boleh langkah mayat sayalah'...cehhh Encik jujur gitu.

Aku pun budget buat speech 'Saya Nur Anneliza Abd. Latip, Pelajar Tahun 2 Pendidikan dgn TESL. Orang Tawau Sabah dan single.......hahaha. (budget ka ni atau real?). Dapatlah sorakan sikit. Then aku pun buat penghargaan untuk HEP KF sebab banyak bantu aku dan panel penemuramah sebab bagi kepercayaan untuk letak aku dalam kepimpinan.

Then aku terus terang cakap aku ndak bagi janji manis, tapi selagi ada daya upaya, aku akan tolong sebanyak yang mampu. Pasal Exco Akademik, jangan segan silu mintak bantuan aku kalau ada masalah pelajaran 'tapi mungkin bantu major kamu susah la sikit, saya ni bukan pandai betul, tapi kalau melibatkan Bahasa Inggeris, saya akan bantu anda sebanyak mana saya mampu'. Aku dengar pengetua cakap ada kelas Bahasa Inggeris akan dijalankan di KF.

Most of my Jakmas family pelajar First Year. Cuma ada 2 orang perempuan. 9 sembilan orang semuanya. Selamat bekerjasama...

4 comments:

chocolatte said...

congrats! :D

kerja kuat2! :)

SimplySeoul said...

chocolatte: Tengs Ain...or Taip kuat2. Haha...

ani said...

taip kuat2?? betul tu..S/U kan..hihihihi

SimplySeoul said...

ani: ya kena buat taip2 punya kerja la ni hehehe...