Tuesday, March 15, 2011

Blog naik kereta tunda ke Gaya Street

Aku rasa blog ni patut naik kereta tunda, sebab banyak betul post tertunda. Well, well, well...only one word I can say......MALAS!!!. Ya aku malas update blog. Tapi malas bertempat hokeeayy. Ada banyak lagi komitmen lain perlu diselesaikan.

Date: 13 March 2011
Time 8.30 am
Setting: Gaya Street, Kota Kinabalu.

Kalau mau pegi Gaya Street kena bangun and siap awal-awal. Kalau kau datang jam 11, kau cuma akan nampak pacik2 and macik2 kemas gerai, angkat-angkat barang naik lori sebab mau balik. Gaya Street ni macam Takada la kalau di Tawau. Dengan semangat membara aku (officially first time pegi Gaya Street), jam 7.30 aku dah jalan dengan cousin. Actually plan pegi Gaya Street ni sebab cousin aku pegi cari Cinnamon Tuaran untuk sample dia. Aku yang pada awalnya niat cuma untuk teman dia, jadi orang yang terlebih excited.


Apa motif letak arnab and hamster satu kandang? 1 Malaysia?

Of course benda paling aku suka tengok arnab, tikus, kucing, anjing, pokoknya menatang2 yang comel (ikan ndak comel). Kejap2 berenti pegang arnab, nanti berenti lagi pegang kucing, then berenti lagi tengok anjing (tengok ja, haram pegang). Rasa macam mau beli ja dorg2 tu and bawa pulang rumah. Geram....Gerammm. Tapi aku ni tinggal hostel, menumpang hak milik UMS so niat mau membela hewan ni baik dipadamkan.


Ni street performance (under DBKK tau)

Makanan pun banyak yang sedap-sedap. Tapi aku ragu-ragu sikit untuk beli sebab mostly yang jual tu macam non-muslim and chinese. So telan liur ja la tengok kuih kampung yang sedap-sedap tu. Then boleh tengok street performance orang yang kurang upaya ni. I enjoyed it very much. I stopped for quite a while and watched their performance. Tapi susah berenti lama-lama ni sebab jalan sesak, nanti aku jadi punca orang jem ndak boleh jalan. Tengok pun ndak selesa, sebab banyak betul orang lalu-lalang di depan.


See the pacik and his ular.

Ok ni highlight of the day. Tengok apa pacik tu pegang. Ya....ULAR. Di banner dia ada tulis

'Ambik gambar dengan Ular, RM 10. Gambar terus siap (pacik ni guna camera polaroid)'.

Wowww...gila banyak orang singgah tempat dia tapi bukannya ambik gambar dengan ular, diorang asyik tangkap gambar pacik tu. Aku rasa mesti pacik tu feel macam artis sikit. Gila banyak crowd dia time tu. Aku rasa pacik patut tukar banner dia jadi...

'Ambik gambar saya dengan ular, RM 10 (ndak kira kau pakai DSLR ka, handphone camera ka)'

Aku ndak da keberanian lagi untuk pegang ular tu. So after 1 hour merenung pacik dan ularnya aku pun blah. Dasar penakut.

Crime partner aku.

4 comments:

♥dG♥ said...

lama sdh xp gaya street oh. huhu

aRlensky said...

Part ular 2,best oo..tp sure bkin tkt.haha.:D Tgk ja la kn.

Jill Ah said...

Gaya street!!! =.=
comel arnab tu.. npa x beli??? :)

SimplySeoul said...

♥dG♥: Hehe..jenguk la sekali sekala...cuci2 mata.

aRlensky: Hmm aku pun ktakutan, tengok ja berani.

Jill Ah: Susah mau pelihara pet, hehe tinggal hostel kan.