Thursday, March 24, 2011

Demam Dalam Botol....Apakah!!!



Kenapa demam ja sem ni, sem sebelum ni ndak pernah aku sakit. Banyak dosa mungkin, jadi Tuhan mau aku bayar cash di dunia ni. Kepala rasa macam Barney, sangat berat. Tau pulak aku kepala si Barney tu berat. Macam aku pernah pakai kepala Barney. Anyway aku sebenarnya malas layan-layan sakit ni. Kalau setakat demam, tahan ja la. Baik jugak tu kan. Mau pegi klinik pun malas. Tunggu doktor ketuk pintu rumah aku mungkin. Apa, ingat diri tu anak Tan Seri ka mau suruh doktor datang rumah. Cepatlah sembuh. Ni minggu2 kritikal. I need energy.

Lama aku ndak post benda personal kan dalam blog. Macam ndak larat mau cerita. Ndak pa lah kita cerita benda-benda yang mampu dikongsi ja. Pasal 'hati ke hati', cerita private life, tu kita tolak tepi dulu. I refused to talk about it in blog. Bukan apa segan mau cerita. Kita simpan sahaja dulu. Yang aku canang dulu bukan milikku sudah. Mana mau letak muka ni.

Dalam sakit-sakit ni pegi jugak aku discussion dengan Carmela di Library then menyempat pegi 1B dengan crime partner Hadi. Kami pegi tengok Dot Dot Dot Dalam Botol. Yang lucunya tu girl yang jaga kaunter GSC cakap 'diorang tinguk Dalam Botol ada ...'. Aiii pandai pulak diorang menukar tajuk filem. Tapi ngam juga bunyinya. Time jalan-jalan pun asyik tersadung, tergelincir....kenapa jugak aku ni.

p/s: Pegi cinema teingat, tengok riben teingat, duduk makan teingat, tengok buaya teingat, tengok hp teingat............

2 comments:

afj said...

semoga bngun bsok pagi, nda demam sda.. tdur awal k.

SimplySeoul said...

afj: ok i will thanks