Monday, March 21, 2011

Hari Pertama APK

Warning: Post mengandungi banyak gambar, kalau rasa leceh menunggu loading tu, silalah ke blog lain.
Sekitar tapak EKSPO...meriahhh!!!!! Besok boleh datang lagi.

EKSPO APK officially mula hari ni. Selapas berminggu gaduh-gaduh manja buat proposal, meeting mengalahkan projek juta-juta, akhirnya sampai juga ke hari EKSPO. Alhamdullillah, Praised To Allah sebab bagi kami rezeki melimpah-ruah. Target jualan sampai hari ni. Tutup gerai pun awal, macam terlampau laku kok. Hahaha...

Sure semua pun penat kan hari ni, tapi dalam penat-penat tu mesti rasa seronok jugak. Balik-balik tengok muka budak TESL ja, sekali sekala mau juga kita try kerja dengan student Pendidikan lain. Bukan kerja setakat buat assignment 12 page tu. Tapi team work sebenar-benarnya.....Inilah subjeknya....APK. Aku akui ada manisnya subjek APK ni. Akan jadi antara memori terbaik aku di UMS.



Atas:Pelanggan pertama kami.....Jen....Ni salah sorang tokey gerai Sushi Bread. Laku gerai diorang.
Bawah: Sila aminkan supaya aku jadi Usahawan berjaya....(aiiii ndak mau jd cikgu sdh?)


Aku ni bepuluh-puluh kali round gerai kawan-kawan. Saja sibuk2 tempat diorang. Hahaha. Then aku ringan mulut sikit buat promosi di gerai diorang. Kejap-kejap 'beli pudding kelapa, sejuk lagi", then pegi gerai sebelah 'belilah ribbon ni, boleh letak di tudung'......macam gila kuasa pun ada.



Atas: Tengok Jac, pakai T-Shirt hijau jual air cincau pun nampak Vogue. Maintain lawa ja dia. hehe.
Bawah: Suzanne tengah khusyuk cat-cat kuku, dia cuma letakkan bayaran RM5. Mana mau cari murah begini. Sudahlah murah, yang tukang buat pun cantik. Pakej ni hehe.



Dalam tengah APK tu, sempat juga bagi hadiah advanced birthday dengan Ain. Sayang kau nok....Till then. See You tomorrow. Wish us another excellent and memorable day. Bai.

4 comments:

civilcorner.tk said...

nice blog,
thank's for visit my blog (civilcorner)

u'r blog so simple, but it's cool.
:-)

SimplySeoul said...

civilcorner.tk : Tengs for visiting too....Tengs a lot...

chocolatte said...

iyaa..jarang tengok si jac pakai tshirt..thanks for d choc :D

SimplySeoul said...

chocolattte: APK ja bah dia pakai tee. No hal, I even feel sorry for that little give I gave you.