Thursday, March 17, 2011

Merong Mahawangsa dan Liza

Kenapa blog ni aku rasa macam tempat laporan aktiviti seharian. I mean memanglah selama ni pun, aku suka post aktiviti aku, tapi mana personal touch aku dengan blog ni, makin kurang. Nevermind, nanti aku buat post 'heart to heart' hehe, kasi readers aku muntah.





Ok enuff, hari ni aku pegi cinema date dengan si cantik kawan aku, Liza. Liza ni dulu pernah kerja sama-sama dengan aku time di SM. Teknik. Hujung tahun 2008 kami bawa haluan masing-masing. Aku terus bekerja di Teknik, dia pula dapat rezeki pegi sambung KPLI, so sejak tu rasanya kami ndak pernah jumpa, sampailah hari ni. Pandai kau ajak aku jalan ya. Tengah2 bank kering ni la kau membawa jalan. Hehe.

Masihkah kau ingat Liza zaman-zaman kita digelar click2 di Teknik dulu? Kerja-kerja ndak beretika yang kita diam-diam buat. Shhh!!! Hehe. Ala bukannya jahat mana pun. Jahat cikit ja. haha. Kenangan tinggal kenangan. Sekarang ni kau bertugas di Sarawak sudah. Susah sikit kita mau jumpa. Anyway will always miss u bebeh. All the best in your career.

Berbalik kepada cerita cinema date. Kami pegi tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Superb!!! Seronok tengok, walaupun ada beberapa part yang aku ndak bkenan lightingnya....cehhhh lighting kepala hentak. Tapi betullah, ada scene2 yang menyakitkan mata tengok sebab terlampau gelap. But above all, I enjoyed it a lot.


Gonna miss U a lot bebeh, stay strong ya.....

No comments: