Wednesday, March 30, 2011

Saya Bukan Pendatang Haram.

Usually bila aku bagitau aku berbangsa Bulungan, orang akan bagi 2 jenis reaksi:

Reaksi 1: Kau pendatang tanpa izin ka?

Reaksi 2: Jadi sudah pernah pegi Pulau Bulungan la?

Of course aku lebih impress dengan reaksi Ke-2, sebabnya aku akui aku pun buka familiar sangat dengan asal-usul aku. So dalam post ni aku mau clearkan sama ada aku Pendatang Tanpa Izin ataupun tidak.
Map Kalimantan, refer to the red colour

Sebelah bapa: Bangsa Bulungan
Bulungan ni sebenarnya nama tempat. Bulungan ni ikut globe terletak di Timur Kalimantan, Indonesia. Tu yang warna merah atas tu. Nenek dan arwah datuk lahir di Bulungan dan kemudian berhijrah ke Sabah sekitar tahun 1950an. Masa ni diorang memang bukan orang senang. Aku masih ingat nenek pernah cerita yang dia pernah kerja di rumah orang putih sebagai orang gaji, dia tak tahan dengan perangai anak orang putih ni, nakal. Hehehe.



Sebelah mak: Bangsa Suluk
Arwah datuk dan arwah nenek lahir di Filipina. Kampung di Jolo dan Zamboanga. Diorang datang ke Sabah lebih kurang tahun 1961 atau 1962 dan menetap di Imbak, Tawau. Kalau kamu cari di mana Imbak sekarang ni, tempat tu sudah jadi hutan simpan Yayasan Sabah Group. Dulu mak mula-mula kerja guru sandaran di situlah. Arwah datuk dan arwah nenek mula-mula datang Tawau untuk kegiatan tebang balak. Then Yayasan Sabah Group masuk dan take over semua hutan tu, sebelum ni MBT yang kuasai. Banyak hutan-hutan tu jadi hutan simpan dan untuk kegunaan research and development. Aku cuba cari maklumat pasal MBT ni tapi tak jumpa. According to Mak, MBT ni bos-bosnya orang Belanda. Lepas tu arwah datuk berkhidmat dengan Yayasan Sabah sebagai Electrical Engineering sampailah dia pencen.

My mak and pak memang lahir di Tawau Sabah. Tapi aku akui nenek dan datuk aku semua bukan kelahiran negera ni. Sampai ke akhir hayat nenek (sebelah mak) aku, dia pegang kad pengenalan warna Merah. So ndak la bah kami ni membeli IC ka atau mencuri identiti orang. Suku suluk and Bulungan termasuk dalam Bumiputra Sabah ya. Sila take note. Mentaliti orang terhadap Sabah kena diubah. Cuba kamu sebut suku-suku di Sarawak, ndak da orang bilang Pendatang Haram.

Saya bangga dengan asal-usul saya. Kampung ka, pendatang ka, itu sudah memang asal-usul ku. Sejarah sudah tertulis. Tidak ada yang perlu dimalukan. Nur Anneliza binti Abd.Latip. Itulah saya.

Sumber: Mak, Pak dan Google.

4 comments:

Isabel said...

Sapa la cakap ko pndatang asing ni...suka sya asal-usul mcm ko pny ni tau...sgt 'historical' sy rasa. N I enjoyed reading pasal your grandparents' stories. :)

SimplySeoul said...

Isabel: Pernah ada orang Semenajung cakap 'hah Bulungan?, orang Malaysia ka tu'. Even Sabahan pun ada tnya saya 'bila ada tu bangsa'. Haha. Tengs for reading Kak. History keluarga saya history biasa2 sahaja, tidaklah sebangsawan mana pun. Tapi rasa tanggungjawab untuk tahu kesusahan nenek2 dan datuk2 sentiasa ada dlm diri.

ladybee said...

samalah kita bapa bulungan, mak plk mualaf.. mmg misterius kita punya bangsa ni.. sbb x bnyk yg didedahkn sejarahnya.klu maw taw nenek atau org tua2 yg tahu asal usul..hehe

ladybee said...

samala kita bapa bulungan mak mualaf.. tp mmg betul bangsa kita ni ada misteriusnya hehe