Saturday, April 30, 2011

Pegi exam, bye rumah.

Besok aku akan balik Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah (apa motif bagitau mak2 negeri ni!?!?). Ini maknanya aku akan naik kapal terbang lagi, ehhh salah. Salah sangat2. Ini maknanya aku akan mula duduk peperiksaan. Start minggu depan, 3 May. Semua sekali ada 6 paper dalam masa 2 minggu. Fuhhh sambil kesat peluh di dahi.

Sepanjang aku cuti-cuti bahagia di rumah ni, berapa banyak aku study? Jangan risau, aku tengah cakap dengan diri sendiri ni. Ndak jugak aku suruh kamu jawab untuk aku.

1. Membebel tengok AF
Diari aku ndak layan, tapi konsert memang aku akui never missed. Family TV time. Bukan apa channel lain ndak best pun. So setiap kali 2 jam lebih tu jugalah aku bebel sana sini. Sampai my pak pun ikut membebel. Kami yang depan TV ni kritik bukan main, dengan c Ogy, Aznil sekali kena kritik. Macam la aku pandai nyanyi. Kalau aku nyanyi depan orang kahwin, kompem pelamin hempap pengantin.

2. Layan tidur dengan kucing.
Kalau aku layan tidur 4 jam, c Jantan pun layan tidur 4 jam. Excuse me, ni kucing ya. Nama kucing aku classic, Jantan. Haha. Kalau aku tukar pose tidur, my mak cakap dia pun ikut tukar pose. Aku golek tepi, dia lagi golek dekat aku. Uiseymaann loving bah kami.

3. Lepas TV, internet...internet, TV, internet lagi
Mak kata 'Rehatkan TV tu'. Aku menjawab pulak 'Aku tengok korea ya mak nanti jam 5'. Then sambil-sambil tunggu jam 5, aku pegi layan nota-nota, tapi mau baca allkpop jap. So bukalah laptop, kunun mau baca allkpop kejap....last-last sampai sejam.

So kamu pun bleh agak lah berapa banyak aku study....

Nah ngam-ngam aku tulis ni post, keluar di Buletin Utama pasal 'Demam Peperiksaan di Kampus'.......macam tersindir pulak aku bah. Ngam-ngam budak TESL lagi diinterview.

9 comments:

Joan J.T said...

sy dirumah mmg nda belajar la jwbnya.. haha~ tv internet..internet tv..

Joan J.T said...
This comment has been removed by the author.
helfis said...

bismillahhirrahmanirrahim....gud luck...

SuFy said...

ann, aku tag ko tuk entri baru aku..dtg la tgk k...tq..heee

SimplySeoul said...

Joan J.T: Nah sama lah aku..itu ja aku layan. TV la paling banyak ya haha

helfis: Tkasih..memang perlu luck ni.

SuFy: ok SuFy, will visit U soon.

Fay Baloche said...

aku yg d hostel ni pun inda belajar juga Ann..On9 tido ja kerja ku. 2x 5 ja kita haha

sweetandspicy said...

haha.. teramat lah faham perasaan tu. tula asal masa study week x akan balik rumah sebab mesti x study.. tlampau byk hiburan n godaan.. ;p

sweetandspicy said...

Btw, love your new layout! :)

SimplySeoul said...

Fay Baloche: Hehe...ada jg berkatnya tdur d katil Hostel, aku ni hahaha...melimpang d katil rumah..

sweetandspicy: Hope leyauut xlambat load hehe. Tengs sis. Ni mmg dah tgoda lebih2 sdh ni.