Tuesday, April 12, 2011

Pernah kau rasa macam gini?

Kau tengah buat presentation.

1. Lecturer dengar tiap-tiap patah perkataan yang kuar dari mulut kau. TIAP-TIAP. So kalau salah sebut finite, determiner memang sah-sah disuruh menyebut balik sampai betul. Then bila mau sambung present terus lupa apa yang mau dicakap.


2. Lecturer asyik tanya the whole class 'DO YOU UNDERSTAND WHAT SHE'S TRYING TO SAY'. Akibatnya kalau salah sorang dari kawan kau geleng kepala, kau kena ulang explain lagi. Sampailah at a point kau sendiri ndak paham apa yang kau cuba mau sampaikan. Lost in your own words.

3. Then lecturer asyik cakap 'GO BACK TO THE PREVIOUS SLIDE'. Kau baru mau melarikan diri ke slide seterusnya sebab mau cepat-cepat habiskan present, tapi terpaksa batalkan niat. Plus kau tengah berada dalam keadaan di mana diri sendiri ndak paham slide sendiri.

4. Kau tengok kawan kau ada yang study Final APK, buat latihan Bahasa Rusia, tertidur, tersembam muka di meja, pegi tandas 16 kali. Tapi kau buat NDAK KISAH. Sebabnya kau paham perasaan diorang tu.

5. Kau tanya the whole class. 'DO YOU HAVE ANY QUESTION'. Dalam hati kau berdoa agar kawan-kawan kau bagi ihsan dengan diri yang sudah pucat lesi di depan. Mudah-mudahan dorang ndak menanyak soalan lagi.
6. Bila lecturer kau tegur 'TYPO ERROR, NO FULL STOP, SALAH EJAAN' terus menyumpah dalam hati. Kenapalah aku menaip tengok siling rumah. Sekarang terpaksa pause, pause presentation sebab lecturer suruh betulkan on the spot.



Diagram pelik yang bernama Phrase-Marker......a.k.a rumah setinggan kata Mawar.

Kau tengah tengok orang presentation

1. Bila kau tengok slides yang bakal dipresent sebanyak 63 slides terus rasa termenderita sikit diri. Mesti LAMA GILA present ni. Kelas mesti meleret-leret sampai 3 jam lebih.

2. Bila presentation penuh dengan perkataan-perkataan saintifik seperti Nominal, Modifier, Covert, Clauses, Pre-Determiner, Comp-1, Constituent, Ditransitive. Semua words bijak-bijak ada dalam satu slide. Otak pun mula bingung, kau rasa apa pun ndak paham. Macam bengap ku rasakan diri ini.

3. Bila lecturer mula tanya the whole class (including diriku la), 'ARE YOU WITH THEM, DO YOU GET IT'. Then tiba-tiba kawan sebelah kau ni menjawab 'YES, THE PASSIVE FORM ALWAYS HAVE THE BY, THE DOER BLAH, BLAH'. Kau pun panik, eh apsal dia pandai, kau haram ndak paham apa-apa dari first slide.




And the best part of both the situation, the lecturer never give up in trying to make you understand. Standing ovation for Madam Amali sebab sungguh-sungguh cuba fahamkan content syntax tu.

2 comments:

mommieZee said...

hahahaha...suka entry ini..sangat suka!!

SimplySeoul said...

mommieZee: Tengs Kak hehehe...