Monday, May 30, 2011

Aku 23, Dia 20.

Cousin aku hari ni dah bersanding. Dia 20, aku 23. Tapi dia dah kahwin dulu. Muda lagi tapi jodoh dia lagi awal dari aku. Ni cousin sebelah bapak aku. Antara cousin yang rapat jugak ni. Dulu awkward2. Tapi sejak dia sekolah menengah terus macam ada kimia di situ. Mungkin sekepala kan. Dia dah kerja. So bolehlah pinang anak orang. Dia ngan bini dia ni high school sweetheart. Comel nyerr. Lama dah diorang melayan cintan-cintun.


Kenapa kau kahwin dulu dik T_T.

So untuk informasi semua, keluarga sebelah pak aku sangatlah ramai. Adik-beradik banyak, anak buah semua berbuah-buah, cucu pun ada. Nenek aku buat perangkaan dia ada 7 anak, 33 cucu dan 19 buyut. Banyak bah tu. Zaman-zaman sekarang orang bajet anak sikit ja. Tapi cousin-cousin aku still banyak. Masih meneruskan tradisi keluarga ramai.


Jom iring pengantin.

Jam 10 dah start pegi rumah nenek aku di Merotai, Tawau. Kalau tekan minyak sampai lantai boleh sampai dalam masa setengah jam. Rumah nenek aku ada buat kenduri sikit. Part paling best bila berkumpul-kumpul ni, melayan loyar buruk pacik-pacik aku. Pak aku la raja loyar buruk. Nenek aku pulak klasik orangnya. Biasalah bah kan pikiran orang tua. Kalau dia nampak anak buah ku bseluar jeans atau pakai baju fit gitu, mesti dia cakap

Besar kau nanti jangan bebaju ketat-ketat ya.

Even kalau duduk besila pun dia ndak bekenan. Suruh besimpuh. Nah rasakan. Di rumah ni beampai-ampai jak kita kan. Sampai di kampung, terus semua kami bajet 'Gadis Pingitan'. Nanti kalau ndak pingitan, telinga yang bingit.



Cousin yang Vogue. Diorang 2 ni kembar. Gojess hokeayy.

So lepas makan-makan, iring pengantin lelaki untuk gerak ke rumah pengantin perempuan di Felda Umas, Tawau dalam jam 2 petang. Semua pun ikut. Tu yang sampai 20 kereta iring. Hampir 18 tahun aku ndak jejak jalan ke Umas ni. Lamanya. Masa sudah berlalu begitu lama. Stay kejap ja di Umas, tengok cousin aku besanding. Then balik Tawau sebab petang sangat sudah. Sorry cousin ndak dapat stay lama-lama. Anyway semoga berkekalan ke anak cucu k. Doakan kakak mu ni pulak hehe.

4 comments:

echaRierie said...

wow ~ sa pun jeles ni kwn2 yg muda kawin lebih awl dr sa..
haha..
mostly mcm tue kan skrg..if u ready blh sdh kawin..hehe..

SimplySeoul said...

echaRierie: Jeles bah tengok. Hehe...tgk kazen kawen pun aku rasa mau kawen jugak. Haha.

Anne Nurain said...

best ka kawin?hehehe..
kwn2 ku rmai dah kawin..
kazen yg muda dr aku pn dah kawin..
aku bla lg?? ahahah

SimplySeoul said...

Anne Nurain: Macam panggil nama sendiri pulak. Hehe. Best? Tu orang yang dah kahwin ja bleh jawab. Haha.