Monday, May 09, 2011

Gara-gara nescafe, aku kemas luggage.

Zaman-zaman minum nescafe ni sudah lama aku tinggalkan. Sejak tamat first year di UMS jarang sentuh nescafe. Sebabnya? Encik gastrik selalu datang lawat aku, jadinya aku paksa rela ndak minum nescafe. Dulu siap boleh bancuh 2 cawan, then ndak tidur 48 jam. Pegi kelas macam zombie.

Ntah kenapa malam ni tiba-tiba rasa mau minum. So aku bancuhlah 3 in 1 tu. Aku ada sepaket ja nescafe sebab kawan aku bagi. Ngam la timing tu. So sekarang kejadiannya, aku sangat-sangat segar. Arghh badan tidak boleh shut down langsung.



Ni masa awal-awal mula kemas. In the middle of the process aku ndak sanggup ambik gambar, semakkk.

Bila bosan baca nota, aku pun tengok la roomate aku belajar di depan, then tengok siling, mengelamun. Last-last ni lah kerja yang aku buat. Packing barang aku berabis. Walaupun balik Jumaat ni, tapi semangat gila kemas-kemas. Siap lap-lap kasut. Haha. Roomate aku yang menahan ngantuk sambil baca nota jadi completely terbangun tengok perangai aku.


Ya aku masih simpan tentatif program ni... kenangan manis 2nd Year aku di UMS.

Bila tengah mengemas, of course sampah-sarap dengan jayanya terkeluar. Aku ni a bit of clutter person. Apa tu penyakit clutter. Pernah tengok Oprah Winfrey yang ada certain people susah untuk buang barang. Jadi dia mula simpan, sampai bertimbun-timbun barang dalam rumah. Aku dah lama sedar aku ada tabiat ni, even sebelum aku tau apa itu Clutter. Antara benda-benda yang aku susah let go, benda-benda yang ada kenangan. Contohnya macam tentatif program di atas tu. Tapi nasihat pakar dalam Oprah Winfrey tu cakap 'memories not lie in the stuff you keep but in your heart, so throwing things away, doesn't mean you throw your memories'. Sejak dari situ aku mula banyak let go benda-benda yang aku timbunkan.



Terjumpa nota comel...mesti pass time lecturer mengajar ni.


Dalam kemas-kemas terjumpa nota ni. Comelnya. Tapi aku sure, very sure yang ini bukan tulisan aku. Kenapa nota ni ada dengan aku?. Nota ni pun aku rasa susah sangat buang. Berat hati buang nota comel ni. Aiiyaaa apa mau jadi dengan Clutter aku.

Sekarang cuma menunggu waktu untuk pulang...

3 comments:

Cahya Qasehnya said...

Salam, wah awalnya kemas. :) semangat mau pulang. hehe.

helfis said...

salam...
aku suka la tgk nota comel tu...
heheheheh...."buli ka"..hahah

SimplySeoul said...

Cahya Qasehnya: Ya bah, awal kan...lucu jg. Mmg bkobar-kobar bkn sebab exam keke

Helfis: Wsalam. Hehe...Nota terlarang yg dipass2 masa lecturer bcakap hehe.