Thursday, May 05, 2011

Pengawas exam.


Usually aku jarang stay dalam exam hall. Aku mesti keluar awal. Sama ada aku terlampau yakin dengan jawapan atau terlampau give up sudah. Tapi sem ni macam berubah sikit. Kalau 3 jam, 3 jam jugalah aku duduk dalam tu. Pegi restroom pun tidak. Maybe aku banyak pause-pause time menulis tu. Kepada yang ndak belajar, jangan jadi macam di bawah (aku pernah melaluinya):

10 minit pertama.
Ni lah sesi 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian teda berguna'. Masa ni la menyesal-nyesal plus menyumpah dalam hati. Kalaulah aku study awal-awal. Kalaulah aku ndak online seja. Kalaulah aku baca bab ni kan. Berapa banyak kalau masa tu. Tapi memang ndak dapat tolong sudah. Yang ada cuma otak, pen dan kertas. Teruskanlah menjawab.

30 minit pertama.
Baru terbaca Bismillah. Kan tadi terlampau panik tengok soalan-soalan. Mulalah berdoa panjang-panjang. Tafakur kejap dalam exam hall supaya idea tiba-tiba datang ka. Manatau ada hidayah ka atau mungkin lecturer dengan baik hatinya bagi jawapan. Haha.


Dewan Canselor UMS....

Lagi satu, aku ni suka duduk bahagian belakang. Macam lagi strategik sikitlah di belakang ni. Ndak suka duduk dikelilingi orang ramai, rasa rimas and ndak selesa. Pembantu pengawas di UMS ni betul-betul bikin panas tau. Suka betul berjalan-jalan. Kan ada 3 orang dalam satu hall, so pilihlah tempat masing-masing and jaga. Ni ndak bergerak-gerak. Kalau bergerak sekitar situ ndak pa, ni yang siap keluar masuk hall. Macam busy betul pula perangai tu. Pintu tu sudah la bising. Aku yang duduk belakang ni memang mangsa la. Balik-balik tengok tu pintu. I cannot help to look at the door when there is a moving sound.

Yang tabiat suka membaca jawapan orang ni lagi satu. Aku perasan selalunya bila ada pengawas tu baca jawapan aku. Tapi bila toleh, purak-purak lagi tengok lain. Bukannya kamu digaji untuk baca jawapan student. Itu kerja lecturer aku, pandailah dorang membaca jawapan ku nanti. Ndak payah kau cuba untuk tunjuk interest atau lebih teruk mengetawakan jawapan ku.

9 comments:

Joan J.T said...

Paling dibenci tu kalo kna baca jawapan... even lecturer yg baca pun sy tutup answer booklet, pa lagi pengawas2 yg xda kaitan langsung ni... bikin rimas ja~

Fay Baloche said...

Sia plg bnci part pngawas tu mnta puji jln2, buka pntu bising2 then tgk2 jwpn org..Kin marah ni sia rsa..hoho

Isabel said...

bikin panas kan kalau dorg ni mau baca answer kita..klo sy siap2 sya cover answer booklet ngn question paper..

sweetandspicy said...

Iya bah, rimas ni kalau ada pengawas2 mo 'mencubuk' jawapan. N lagi bikin panas kalau terjumpa pengawas exam yg temberang n pndai marah2 sebab dia pengawas exam. Haha

hElfiS said...

Bersabar..:-)

Ierasz Cik Ira V~,^ said...

dulu selalu jugak duduk belakang.. n believe it or not, selalu sound pengawas exam tu... "keep urself away from me!" ada lg satu tu sis marah diaorg, dgn teriak, "weh, bising lah korang ni!" tym tu pm mejar hamzah... senyum jak dia...

SimplySeoul said...

Joan J.T: Joan lain kali aku pun tutup booklet jugak lah.

Fay Baloche: Betul2. Apa point dia g jalan2. Kan cukup pengawas untuk cover semua tempat.

Isabel: Ganggu concentration kak.

sweetandspicy: Hah yang ni pun satu problem sis. Yang tunjuk kuasa tu. Perghh macam hebat pulak dia rasa.

hElfiS: Ya, saya akan bersabar dgn perangai macam ni sepanjang exam.

Ierasz Cik Ira V~,^ : First thing first. SAYA RINDU KAK IRA> Mesti busy kan. Hehe. Saya macam takut2 pulak mau sound. Saya cuba untuk ndak ambik kisah.

Ierasz Cik Ira V~,^ said...

sound jak la... actually selalu baca entri anne tp jarang komen..silent reader kn..pastu mlm2 baru blogwalking... release stress baca entri org..:D

SimplySeoul said...

Ierasz Cik Ira V~,^: Kak Ira saya bpotensi untuk jadi kurang ajar klu sy sound hehehe...nanti klu bperangai2 lagi sy suruh lecturer tlg soundkan. Tengs Kak Ira...