Saturday, May 14, 2011

Penghuni 'lain' Rumah 42.

Patut apdet blog kemarin, sebelum pegi airport. Tp ntah napa blogspot macam perangai haram. So here I am, di ruang tamu rumah, baru dapat bukak blogspot. Exam? Ada yang boleh keluar exam hall sambil dabik dada, ada yang mau muntah bila keluar. So U paham-paham la maksudnya. Apa pun exam sudah dijawab. Mau ulang balik masa pun ndak boleh kan. Harap-harap ada hasilnya. Amin.



Ok aku actually ada mau cerita sikit pasal rumah yang aku duduk masa aku Tahun 2 ni. Dalam rumah tu actually ada 6 orang semuanya. Aku antara orang yang last habis exam. Jadi of course la masa towards the last week of exam tu, rumah kami agak sunyi. Kurang orang sudah kan. 3 orang sudah balik kampung, jadi tinggal 3 orang ja. Antara semua dalam rumah tu, aku paling selalu lepak di ruang tamu. Unlike housemate aku yang lain, lebih prefer stay dalam bilik.

Bila sunyi-sunyi ni seram juga stay di bawah sendiri-sendiri. Apa lagi time jam 12 malam ke 2 pagi tu. Memang kadang-kadang rasa seram sejuk with no reasons. So 2-3 hari sebelum aku balik Tawau ada banyak benda yang macam buat aku ndak sedap hati. Contohnya tengah-tengah online macam ada kelibat orang turun tangga. Kadang-kadang ada nampak lembaga hitam berdiri di tengah-tengah tangga. Ketinggian kurang sikit dari aku.




Seriously aku ndak tau dapat dari mana kesan cakar ni. Aku cuma sedar masa tengah shower. Tiba-tiba rasa pedih di tangan. Bila tengok, besarnya cakar ni. Roomate aku cakap maybe luka masa kemas-kemas, atau angkat barang. Tapi aku ni rambut dipegang sikit pun aku boleh rasa. Apakan lagi cakar sebesar ni, ndak kan lah aku boleh ndak sedar. Mula-mula aku buat ndak tau. Then bila kawan aku Ain tegur, barulah aku mula pikir-pikir. Tapi Wallahualam.

Time hari terakhir aku di rumah tu (Jumaat pagi), aku terbangun dalam jam 3 pagi sebab roomate aku tengah siap-siap mau pegi airport. So mau sambung tidur pun ndak boleh. Aku cerita-cerita lah dengan dia sambil kemas-kemas barang. Then kejap turun bawah, naik lagi, turun lagi, sebab mau kemas apa yang patut. Masa aku naik tangga aku termiss satu anak tangga. Memang sedap la betis aku kena anak tangga. Perghhh sakit bah. Macam mana aku boleh termiss tu anak tangga. Emm?? Kalau tengah angkat barang mungkin la, ni yang jalan macam biasa. Maybe aku cuai. Yakah?

Anyway, selamat bercuti semua. Akan merindui kawan-kawan and campus life.

8 comments:

AFJ said...

hati2 selalu.

sweetandspicy said...

Erk, menakutkan! @_@ Penghuni lain ah.

SimplySeoul said...

AFJ: Tengs. I will

sweetandspicy: Iya..housemate invisible..hehe. T__T.

Isabel said...

Ee...seram..the others kali..huhu

SimplySeoul said...

Isabel: Maybe kan..the others that living with us. T___T

Joan J.T said...

we cant be denial bout 'others' that living with us, but maybe it might be because of something else. but whatever it is, yg penting skarang da cuti n exam da habis, cheers ^__^

SuFy said...

bikin takut ouhhhh..hehehe

SimplySeoul said...

Joan J.T: Yup. It could be my own mistakes yang-memang-tersepak tangga haha.

SuFy: Bikin seeeram kann.