Tuesday, May 24, 2011

Walimatul-Urus

Setengah jam try login password. Ni lah akibatnya kalau lama tinggal blog. Bila sudah telogout, baru kelam kabut ingat password. T_T. Setengah jam bah aku cuba login. Even masa mau recover password dari mail pun, ERROR. Itu satu hal, another hal, masa dapat masuk blog ni, terpaksa upah 3 maid and 2 butler untuk bersihkan blog. Blog terpaksa dibersihkan, terutamanya frame-frame gambar di atas yang perlu digilap, supaya muka si pembelog ni jelas. Hehehhehe. Lagipun, lama ndak jenguk blog kawan-kawan so perlukan pembantu untuk mengkomen dan blogwalking. Ok cut the intro-intro short.


Boleh buat koleksi...hehe

Musim-musim cuti ni memang musim kahwin. Wajib. Undangan kahwin ni setakat yang stats counter my mak kira, ada 11 semuanya. Itu undangan dia sendiri. Aku? Aku pun ada jugalah 3 ke 4 undangan kahwin. Kawan sekolah, senior sekolah menegah, bekas rakan sekerja semua mau naik pelamin. Hidup aku nampaknya bukan sebudak dulu. Ada juga undangan yang diterima dengan muka bajet terkejut. Bila mak bilang 'Ning, si ituuu mau kahwin Sabtu depan'. Mau terlepas juga ayat-ayat 'ehh awalnya dia kahwin', tapi jodoh kan. Lambat, cepat sudah tertulis.

Kalau di kampung ni jemputan memang guna mulutlah. Ndak da RSVP atau kad-kad ni. Usually jiran just naik di rumah and bagitau. My mak memang hebatlah, dia boleh ingat semua jemputan-jemputan tu. Tanya ja si ini bila kahwin, rumah itu bila, semua dapat dijawab dengan pantas.

Zaman RSVP, mudah.

Ada jugak undangan kahwin yang memang ndak dapat dipenuhi. Kalau jauh tu, alamatnya ucapan Tahniah ja la dikirim. Sayang juga ndak dapat pegi. Kan orang kahwin sekali ja. No rewind bersanding. Jadik, jawabnya kita scroll gambar di Facebook ja la. So jangan lupa ya upload gambar-gambar wedding reception kamu tu.

I believe in Karma, bila kau ndak datang jemputan gini ni. Nanti besok-besok kau kenduri ka, kahwin ka, memang sunyilah majlis kau. Jadi ringan-ringan kan lah kaki tu untuk pegi sebab bukannya susah pun. Makan free lagi. Nanti karma datang jumpa kau, baru kau rasa masam masin hidup ni.

p/s: Masalahnya, bila 3 undangan dalam hari yang sama, T_T. My mak, aunty, aku naik keta sama tapi masing-masing turun di undangan yang berlainan.

No comments: