Wednesday, June 22, 2011

Document nama SENIOR 2007

Rupanya bakat sarcasm ni dah lama dalam jiwa. Cuma terpendam. Aku tengah delete-delete document lama dalam laptop. Jumpa satu document title 'SENIOR 2007'. Aku boleh agak apa document ni, sangat ingat. Aku masih simpan rupanya. Malah document ni aku buat di laptop lama. Nasib ndak tebuang. Tahun 2007, aku seorang pelajar Senior Ting.6. See gambar di bawah ndak banyak Melayu dalam aliran sains kan.


2 orang ja female melayu. Mula-mula, aku sorang ja, nasib ada budak baru pindah.

Mana boleh lupa zaman senior Ting.6 di SMK Tawau. FYI, aku pindah sekolah tu sebab ambik Ting.6 ja. So kira aku newbie la time tu. Korang tau ndak Sidang Redaksi Majalah Sekolah? Nama majalah kami Realis. Jadinya aku ada nampak la satu iklan ni pasal siapa-siapa yang mau hantar karya boleh join. Malangnya karya aku ndak lepas sebab aku rasa ndak best mana pun, ka sebab not appropriate, see sedap ja aku mengutuk bawah ni. Dah la aku asal bukan sekolah tu. Sedih juga dapat tau ndak kena publish, apa boleh buat. Sila baca:

SENIOR 2007

Tahun baru dimulakan dengan,
Azam baru, beg baru, dan trend kasut kulit,
Malangnya sikap lama masih ada.

Makhluk-makhluk asing dari St.Ursula, Abaka, St. Patrick,
Sudah pandai ikut budaya SMK Tawau.
Malahan ada yang berani tunjuk taring.

Result senior tahun 2006 sudah keluar.
Ada yang memberi kejutan, ada yang memang dijangka.
Kita mula bagi pandangan yang tak dialu-alukan.
“Dia ni kuat main…”
“Dia ni pendiam, rupanya pandai…”
“Dia memang sentiasa excellent, tak heranlah 3.95…”
“Aktif sukan pun dapat semua prinsipal…”
Namun hakikatnya mereka ada satu persamaan iaitu USAHA.

Bila pergi seminar semangat berkobar-kobar.
Nak baiki diri, tingkatkan prestasi.
Tapi cuma untuk 2 jam yang pertama.

Program Mentor Mentee semua cepat-cepat isi nama.
Maklumlah cuma 6 tempat kosong.
Pilih cikgu yang baik, yang rapat, yang ‘favourite’.
Bukannya pilih cikgu untuk subjek yang lemah.
Buat jadual waktu bersungguh-sungguh,
Tapi tak ikut pun.
Hasilnya…..hambar.

Peperiksaan MUET pun tiba,
Berjemaah ambil exam di Dataran Ilmu.
Bila result keluar macam-macam Band yang ada,
Ada yang puas hati, ada juga yang tidak.
Masa Miss.Norlina mengajar,
Reading, Speaking, Listening, Writing,
Tak semua tumpukan perhatian.
Akhirnya melayang lagi RM 60.

Junior 6 Rendah mula masuk,
Semua pakat nak kenakan time orientasi nanti,
Tradisi mesti diteruskan,
Tapi AWAS!!!!!
Mungkin mereka yang akan melakar sejarah kecemerlangan,
Sama ada mengikuti jejak langkah kegemilangan STPM kita,
Atau mengambil iktibar daripada kegagalan STPM kita.

Bila tiba exam, bilik Pertena sibuk macam pasar.
Semua belajar separuh mati.
Tapi mula seminggu sebelumnya.
Macam mana nak nampak hasil.
Bila result keluar,
Sibuk kira cukupkah 2 prinsipal,
Sebab takut nanti ‘meeting’ dengan pengetua.
Akibatnya kita lupa matlamat sebenar kita,
Bukan 2 prinsipal, tapi kecemerlangan terunggul.

Tiba-tiba timbul isu couple.
Semua yang ada ‘secret affair’ mula gelabah.
Takut tembelang pecah.
Nanti jadi bahan lawak Pn.Hayati dalam kelas.

Ada juga yang ambil kesempatan,
Tunjuk bakat-bakat terpendam.
Sukan, kawad, wakil sana sini,
Dalam erti kata lain Interact club, Kadet Polis, KRS,
Ada yang ikhlas berbakti tapi yang menyedihkan,
Ada yang jadikan ia alasan untuk escape kelas.
Minta markah Ko-Kum bukan main ‘demand’,
Tapi suruh turun mesyuarat, bayang pun tak nampak.

Anda mungkin sudah ambil result STPM masa baca utusan ni.
Macam mana… berapa prinsipal?
Karya asal : Nur Anneliza Abd. Latip (6 ATAS AKTIF)




p/s: Gila menyindir punya attitude, patutlah ndak lepas...jangan marah senior, ampunnn.

2 comments:

Nora-Anwar said...

ui na ning...patutlah ndak lepas..

SimplySeoul said...

Nora-Anwar: Kan kan kan, hahaha...kemain lagi aku, memang ndak kenal asal-usul ja aku rasa.