Friday, June 17, 2011

Not so report card.

Lama ndak update blog. Kerja menanam anggur ni memang senyap la di rumah. Selain tanam anggur, ada juga buat air anggur, kuih anggur, sebagai side income. Serba-serbi anggur. Usually aku bangun lambat. Tapi hari ni lain sikit. Bangun awal-awal, siap-siap, pakai baju kurung lagi. Lama betul pulak aku rasa ndak pakai baju kurung, biasanya pegi kuliah pakai kebaya, walaupun body shape ndak berapa ada. Hari ni sebenarnya tolong ambik report card si Fifi. Memandangkan aunty aku (mummy dia) kerja and my mum malas-malas. So akulah and kakaknya pegi. Jadi mak budak kejap.



Banyak betul berubah sistem sekarang. Cuma kena bagi slip ja. Slip yang diprint oleh cikgu. Mana ada istilah report card sudah. Yang ada atas meja tu aku tengok buku laporan sahsiah, buku laporan lisan tapi the real report card memang ndak da. Mungkin untuk kurangkan beban guru sekarang. Bagus jugalah.

Masa aku kerja dulu, aku memang rasa benda ni menyusahkan, especially untuk guru kelas. Bukan apa kalau Darjah 1 ni ok lagi 6 ke 7 subjek ja. Dulu student aku guna transcript. Ala-ala sijil. Tapi aku terpaksa juga isi buku sahsiah. Ada 11 ke 12 mata pelajaran semua, setiap mata pelajaran ada markah sahsiahnya sendiri. Then bab paling klasik untuk dikenang time tulis 'Komen Guru Kelas'......mulalah aku pikir apa mau tulis. Kenalah tulis ikhlas, ada type mak bapak yang baca komen guru kelas dulu sebelum tengok result.

Then tambah buat aku hairan, buku laporan lisan tu semua kena tandatangan on the spot. Bila aku tanya cikgu 'Buku-buku ni semua ndak boleh bawa balik cikgu?', dia cakap 'oh ndak boleh'. Zaman-zaman aku dulu boleh pulak bawa balik report card ni. Sampai rumah boleh tengok tu report card atau dengan buku sahsiah sampai bosan.

6 comments:

mawar mustika johnny aziz said...

sebab KSSR punya sistem kan...dorang simpan tue buku laporan pelajaran and etc untuk dijadikan evaluation masa UPSR nti....

SimplySeoul said...

oohh...kesian lah kalau budak tu penjaga yang jaga (macam kes si fifi). Aunty aku susah la tengok buku sahsiah tu semua.

Kamal Hayat said...

Buku tak boleh bawa pulang ke.. alah kasiannya..? Apa sal.?

SimplySeoul said...

Kamal Hayat: Sistem sekarang maybe. Atau galakkan parents sendiri pegi ambik report card instead of wakil.

samizul.net said...

Sekolah kami masih guna Kad Laporan Prestasi yang manual punya, keh3.. Bagus juga cetak transkrip tu. Harap nda mudah hilang n kos operasi cetak+kertas nda membebankan sekolah.. ^^,

SimplySeoul said...

samizul.net: Guna transkrip memang kos lagi, tapi nampak kemas la. Kalau letak dalam fail pun ok. Yang key in tiap guru mata pelajaran. Guru Kelas tinggal tuntut, cop and tandatangan. Senang.