Thursday, June 09, 2011

Pose Tutorial: Don't in SELCA

Ideas are purely mine.

Okay pertama sekali kalau mau bincang pasal selca, kena tau apa tu maksud selca kan. Kalau ndak, tiada makna la baca post ni sampai habis. Selca ni perkataan yang aku belajar dari KPOP. Selca actually stands for SELF-CAMERA. Selepas melalui proses clipping, jadilah perkataan SELCA.

Jiyeon from T-Ara.

Selca usually guna handphone camera sebab lebih senang. User friendly and handy. Kalau ada yang guna DSLR untuk selca aku ndak tau la. Tehempap DSLR di muka baru padan. Selca ni kalau disalah gunakan boleh jadi parah dan lebih teruk boleh buat orang sekeliling kau rasa mau 'termun' tengok gambar-gambar kau.

Aku tau lah kau syok sampai ndak ingat dunia bila selca, tapi kalau sampai album di facebook kau semuanya penuh selca. Frame tu dah ndak da benda lain, penuh dengan muka kau ja. Dari telinga ke telinga, dahi ke dagu. Tu jak la balik-balik gambar kau. Tukar baju atau rambut bebelas-belas kali pun ndak guna, dah muka kau ja di gambar tu. Kalau buat album di facebook, sampai 185 pictures satu album. Nahh ambik kau dari mula ke akhir la mengadap benda yang sama (literally).

Bagi aku ada beberapa perkara yang DON'T kalau mau selca ni. Ni sepenuhnya pendapat aku, so terpulang la mau baca atau ndak.

1. Please Edit boleh?
Tolong edit dulu gambar tu ya. Jangan bagi aku mengadap gambar yang penuh dengan jerawat, liang-liang lahad roma, semua tu. Haiih biarlah orang kata gambar pelsu, fake. Asal jangan kau siksa jiwa dan raga ku tengok 185 gambar macam tu. Apa salahnya kau touch-up sikit. Lagipun niat kau upload gambar di facebook tu sebab mau tayang dengan orang kan? So bagilah kami gambar yang sedap mata memandang.


Jessica SNSD. At least you must be at this level of cuteness or FORGET IT!!!

2. No DUCK MOUTH
Gambar mulut itik ni memang aku rasa mau lempang, flying kick cukup-cukup. Serious ndak chomell langsung. Sikit pun ndak. Langsung. Apa lagi bibir kering yang langsung ndak berlip gloss. Buat aku hilang selera tengok. Apa gambar muncung-muncung ni?. Kalau gambar dari jauh ndak pa jugak. Ni gambar yang close-up gila. Half of the picture is your mouth! If you still want to do it, make sure that your duck mouth is cute enough to look at. Cute enough hokeeayy.

3. Angle tu jaga sikit kak.
Aku taulah kau ada aset yang lebih mantap, lurah yang lagi dalam. Tapi perlu ka tunjuk tu. Cuba jangan ambik angle dari atas kalau pakai tank-top atau tube tu. Ambik dari depan cukuplah. Aku taulah hak kau jadi seksi tapi emm tapi kalau setakat wannabe sexy memang ndak kan jadilah. Sexy is inner beauty, not showing more skin (Quotes/saying is totally mine. Copyright).

Will post tutorial on How To Do 'nice to look at' SELCA later. For more, Tutorial Page.

Dah itu ja lah. Aku cakap lebih-lebih, nanti dibilang kejam. Bai.

13 comments:

abglan said...

Suka entry pose² tutorial kat sinih... yg muncung tue 'duck mouth' ye? tue memang term nye ke? ke reka²

SimplySeoul said...

abglan; Duck Mouth tu memang term common. I heard it somewhere. Some KPOP artist pun guna term tu. hehe. Tengs2.

abglan said...

oooO.. kalau org lelaki cute cam abglan nie bwat duck mouth agak² sesuai tak? waka ka ka

Farah MR said...

hanya itik sebenar saja yang comel bla buat duck mouth..kekekekeke

SimplySeoul said...

abglan: Saya tidak sarankan. Haha. Nanti itik2 marah.

Farah MR: Sebab pose itu kepunyaan itik dan keluarganya. Manusia, sila jgn memandai meniru. Hehe.

sweetandspicy said...

lol! yeap, sa paling mluat lah org ambil gmbar buat duckmouth. and also org yg ambil gmbr sekali dgn lurah.. bkn apa, nmpk mcm something yg rhymes dgn "sore" and "shut". LOL~

SimplySeoul said...

sweetandspicy: . Buat duckmouth tu macam betebiat ja. Haha, iyalah sis.

nowriz said...

sy setuju bekali2 bab mulut itik sama lurah dendam.. kin galik!

SimplySeoul said...

nowriz: Hehe... Gelik, bikin marah semua ada...^^

~Dilazul~ said...

heee.betul2 kalau sume gambar selca je,xbest gak la nak tgk.haha
btw, i learn new word! SELCA :)

SimplySeoul said...

Dilazul: Even tho the person is beautiful kan tapi kalau stick dengan one pose (which is selca) tetap membosankan...Hehe.

belle said...

i loike this entry. ngeee

Ann said...

sa pun super benci org bt duckmouth..haduiii! trip kiut..btw, learn something from here..SELCA :D