Monday, June 20, 2011

The Untold Story of Report Card

Actually ada cerita yang aku ndak story masa ambik report card si Fifi hari tu. Bukan apa, aku ndak mau nampak riak la.

Gini ceritanya, masa ambik report card si Fifi tu, guru kelas dia hulur la slip tu. Sampai ja di tangan ku, seriously terkejut sangat. Aku tengok dia number 9. Bukannya aku bangga-bangga kan saudara sendiri. Tapi dia ni pintar bah. Kami boleh nampak dia di rumah, kerja sekolahnya. Masa mula-mula bercakap pun, bukan main tumpis lagi. Tumpis ni kalau orang Sabah bilang maksudnya banyak cakap. Non-stop dia bercerita. Ada ja yang difikirnya. Dia pun ada macam photographic memory. Dia boleh ingat baju aku tu pernah pakai di mana, episod Doraemon dalam DVD yang mana satu, even the smallest details pun dia boleh recall.


Slip pertama aku dapat.

So balik cerita asal, belek punya belek slip tu, aku tengok Matematik nya dapat B. Kertas 1, dapat 36 markah. Kertas 2, dapat 31 markah. Setau aku format Matematik tambah dua kertas tu, bahagi 80 then darab 100. Dapatlah markah. Bila aku kira dia dapat 87 markah. Kan A tu. Aku terus tanyalah cikgunya:

Aku: Cikgu macam mana kira markah Matematik ni.
Cikgu: Oh ada formatnya tu.

Aku: Bukan macam format UPSR ka?

Cikgu: Rasanya ada cara kiranya sendiri tu.
Aku: (Aku nampak cikgu tu macam ndak sure juga). Macam mana? Ada yang mau ditambah lagi?
Cikgu: Eh ndak juga, cuma ada peratusan nya tu. Kertas 2 nya macam berapa peratuskah...
Aku: Oh iyakah. (Tapi dalam hati aku masih ndak puas hati).


Keluar ja aku dari kelas tu, terus aku talipon mak aku. Aku bincang jap dengan dia.


Aku: Mak c pipi dapat number 9 ma!!!
Mak: APAAA!!! Jauhnya.
Aku: Mathsnya dapat B mak. Cuba mak kira 36 plus 31, masih A ba kan.
Mak: Ok ndak pa, ndak nanti biar Aunty mu yang jumpa cikgu.


Then few minutes after that, mak aku call balik:

Mak: Salah tu markahnya. Kertas 2 nya sebenarnya 37.
Aku: Nah mak, jauh betul number nya mak. Kasi betul tu. Nanti susah dia dapat anugerah hujung tahun.


So instead of tunggu Aunty aku, mak aku terus datang sekolah hari tu juga. Cakap dengan cikgunya untuk buat pembetulan. Tapi mak aku slow talk la. Bukan main hentam cikgu. No, no, no. Mak aku bukan jenis begitu. Dia faham profession mulia tu. She's been there. She knows it well. So cikgu tu janji untuk betulkan slip tu and bagi dengan c Fifi hari Isnin.


Ni slip baru dapat tadi. Latest. Dah ada pembetulan.

Guess what, she's Number 1 in class. Good Job.


Actually ni bukan kali pertama hal-hal begini jadi. Masa cousin aku c Gel dapat number 4, mak aku pun pegi buat pembetulan di sekolah. Beza beberapa markah ja ubah kedudukan dia ke Number 1 balik. Nasihat mak aku:

Jangan anggap enteng markah-markah tu, anak kita penat belajar tapi kerana kesilapan sikit, dia dapat number yang tidak sepatutnya. Buat pembetulan kalau ada kesilapan.


Hari ni dia balik sekolah, hidung, mulut calar-calar. Dia cakap sebab main tapuk-tapuk (hide and seek). Muka terkena pokok sebab tolak tolak dengan kawan. Sambil aku tulis post ni, sambil dia baca. Dia ketawa setengah mati. See she's smart kan. Boleh paham apa aku tulis.

6 comments:

Isabel said...

Good job, Anne & your mom! Boleh2 pla silap...ksian budak yg suda work hard ni..

SimplySeoul said...

Isabel: Tengs kak. Emm budak manalah tau pasal kira-kira markah. Kalau parents ndak bangkit, siapa lagi kan.

athirah husna said...

i was here,,,,nice blog....

SimplySeoul said...

athirah husna: O_o I saw your footprints. keke. Tengs.

Hani Hempedu. said...

cumel aja budak kecik ni :D

SimplySeoul said...

Hani Hempedu: Hehe, I let her know...