Sunday, July 31, 2011

Aku takut dengan budak.


Aku dah start ribut kalau ada baby, toddler ka di rumah ni. Iyalah aku kan anak tunggal. Cuma rapat dengan cousins sebelah mak. Kami semua pun seumur. Cousins sebelah pak pulak ndak berapa rapat. Paling jumpa setahun sekali. Time raya ka, kenduri ka. (waahh raya raya dah mula kuar).

Kalau nampak banyak budak aku jadi panik sekejap, cemas dan takut. Iya budak-budak sangat powerful di mata aku. Aku takut kalau aku pegang nanti nangis. Terus lari pegi mak dia and kata 'tuuu jahat'. Aku terpaksa buat muka ndak bersalah. No, no ndak pernah terjadi lagi, manatau lah kan.

Bila ada budak di rumah, aku terpaksa hati-hati dengan hyperactive diorang ni. Nanti kejap-kejap diorang ambik tin biskut buat gendang-gendang. Lepas tu lari ke pintu depan rumah, aku pun terpaksa ikut pecut untuk tutup pintu pagar, takut ada yang jatuh. Ndak pandai penat budak-budak ni (hakuu yang penat).

Masa cousin aku si Fifi lahir tahun 2004, barulah aku kurang takut dengan budak. Iyalah kan dia selalu spend time di rumah ni. Usually aku sangat awkward dengan makhluk comel ni. Bila sudah biasa dengan budak, mulalah aku buat ayat 'alololo comel, sini aunty tangkap'. Mula practise dukung budak, cium pipi bulaaat dia. Geram dah tengok budak sekarang.



Danish, jangan lari-lari, aunty penat tangkap kau.

Tengok si kecil di atas ni, rasa mau geget-geget pipi dia. Ndak pun simpan dia dalam poket. Jangan besar cepat sangat ya Danish. Nanti raya datang rumah aunty lagi (raya lagi disebut...). Chomeel sangat budak ni.


Selamat Berpuasa semuanya...

16 comments:

Pink Diva™ said...

The only daughter erk? . .dont be scared dear,that kids dont bite hard. . Hehe. . I love kids,my family side by side is a huge one..including me,we are 8..I always helped my mom to take care of my siblings.:-D.

merahitujambu said...

dgn budak pon tktk ke??=p salam ramadhan yaa=)

Azura said...

hehehehe comel je :) makhluk paling comel dalam dunia adalah bayi :) zura da tiga anak buah da.. tapi masing2 jauh susah nk jumpe :( bile jumpe je makin membesar

SimplySeoul said...

Pink Diva: Iya sis, the only one. Untung sis punya pengalaman ada adik-beradik mesti lagi mesra dengan budak-budak.

merahitujambu: takut dah makin kurang. Salam ramadhan jugak.

Azura: Ya, mereka memang comel (and powerful) bestnya ada anak2 saudara ni.

EkaBukanMakcikKau said...

hamboihhhhhhhhhh rayaa konon . pose pon belum tentu penuh bahahhaha . kau ni sah peminat sammpai mati k-pop dak ? justin bieber sekali , alahh ngaku je lahhh wehhh . haha

KELEBIHAN MAKAN KAT KEDAI MAMAK

Asha said...

main ngan budak2 best. tp kdg2 takut gak. huhu.

SimplySeoul said...

EkaBukanMakcikKau: hahaha... xpa2 kena advance ni, jadi Raya2 kena sebut. KPOP dan Justin Bieber, ada persamaan? Hehe xda kan. Sxminat bieber2. Ka kau yang die hard fan dia hahaha?

Asha: Ada budak2 yang mampu flying kick aku, 2 yg buat takut.

shahniz said...

erh, takut gan budak2.. nanti klo dh ada anak cam ner laa erk..? haha

-salam ramadhan-

ILA HonEyBuNNy said...

salam ramadhan n salam ziarah...

aloo danish...leh kawan dgn datang neh...ehheh

Hairi & Anis said...

kite sukeeeee budak2....lelagi budak lelaki....leh ganaz n2 ngn diorg. hehehe....selamat berpuasa juga (:

iyka zulaika said...

its normal la dearr . mule2 memang rase cmto tp da lelame okey lahh :)

saya dewi said...

budakbudak memang macam tueh. hyperactive. ingat pula kat anak sedara dewi. haippp memang nakal suka maen segala benda tapi dalam pada tueh dorang nieyh super cute. heee.


btw salam ramadhan dear and happy fasting ^^

SimplySeoul said...

shahniz: Kalau ada anak terpaksa beranikan diri. Haha. Selamat Berpuasa.

ILA HonEyBuNNy: Salam ramadhan dan terima kasih ziarahnya.

Hairi & Anis: Hehe, budak perempuan pun ganas sekarang.

iyka zulaika: Hopefully hilang la rasa takut ni.

Nani said...

aku yg ada 5 org adik bukan takut budak tapi rimas hehehe... tp skg ok balik sbb adik2 sdh besar. selalu rindu sama dorg. cuti sekolah aku angkut drg pg kk... syok bila rumah riuh oleh dorang..

Pink Diva™ said...

tapi dear pun untung lagi lebih vha..yelah anak seorang jew,mesti apa yang diminta parents beri jew..tak gitu sis ? hehehe:)

SimplySeoul said...

saya dewi: Hehe, hyperactive yang buat kita active sama juga. Selamat Berpuasa.

Nani: Betul kdg2 rimas kan. Tapi budak2 ni keriuhan tu yang buat happy.

Pink Diva: Hehe, ndak juga. Sometimes kot sis.