Thursday, August 25, 2011

Dari kad raya ke surat cinta?

Semalam kawan baik aku text minta alamat untuk kirimkan kad raya. Sekaligus aku terus tanyakan alamatnya. Tradisi kad raya ni insya Allah aku akan hidupkan sampai bila-bila selagi mampu. Ni antara koleksi kad raya dari kawan, ex-students, seniors, pen-pal etc.


Koleksi kad raya.

Ada yang dipos. Memang seronok la kalau dapat kad raya dari orang jauh ni. Sentimental value tu tinggi sikit. Bila baca balik kad-kad raya lama ni, ketawa sendiri aku. Dorang ni macam ada pattern ja tulis kad raya dengan aku. Mesti suruh aku makan banyak-banyak la supaya gemuk sikit and cepat tinggi. Haha. Mentang-mentang aku ni small package.


Ni dari Cikgu Sejarah aku masa Tingkatan 5, siap dia selitkan lagi gambar kami dalam sampul.

Dalam aku membongkar kad-kad raya lama ni, aku terjumpa longgokan surat di bawah kotak. Ada dari kakak angkat, adik angkat la. Aku kan dulu sekolah perempuan, so angkat-angkat orang ni memang selalu. Believe it or not, kalau kau dapat kakak angkat yang famous di sekolah perempuan, automatic kau ikut famous sama. Famous macam atlet ka, best student ka. Betul ni...tapi aku ndak tau sama ada masih wujud lagi angkat mengangkat ni.


Surat-surat yang penuh kenangan.

Dari boys confirm ada....hahaha. Surat dari sekolah lain tu haha. Bila aku baca balik senyum-senyum sampai telinga ooh. Kami cerita Dragonball la, result sekolah la(betul bah...). haha. Ada juga surat dari kawan yang berpindah ke daerah lain. FYI wujud sudah handphone time tu tapi kami tetap utus surat. 3 tahun surat continue berbalas-balas.

p/s: For me, nothing could replace the value of Kad Raya.

18 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kenangan

:)

skrg nis dah jarang terima surat.

kalau dpt pun bil bokben

hehehs

farah hanim said...

yup2
sgt setju
kad raya punye pasl
memg xbole digntikn
xder syoknye raya kalo pass pesnn raya gune text
hehe :)
kalo gune kad raya
cam nmpk menrik skit
men post2
hehe

aLyA_syGS said...

suka simpan surat dulu dlu.....bila baca balik,rasa nak gelak kuat kuat... haha ^^

sara zainol said...

wahh.. nak kena selongkar balik la kotak ajaib.. semua kenangan ad dlm tu :D

SimplySeoul said...

Anisa Hang Tuah: Hehe, btul2. Sekarang yang cuma sampai melalui pos, bil2 ja byk.

farah hanim: kegembiraan terima kad raya tu berbeza sgt dgn terima text messages. Tapi tetap menghargai kedua2nya.

aLyA_syGS: samalah, tiba-tiba senyum lebar depan surat hehe.

sara zainol: Hehe, mesti teringat balik kenangan2 lama.

Finaz Jaafar said...

alahai..lama dah tak hantar2 or terima kad raya ni..hehh

hElfiS said...

dari kad raya sampai la ke surat cinta..haha...mmg best kalau dpt kad raya, lebih2 lg kalau dr org jauh..^__^..kenangan manis...heheh

♥♥ arabella ♥♥ said...

bestnyee dapat kad raye;D

Fadzli Amir said...

Salam kenal...
memang ada surat tu semua...tapi dah buang dah..pergi bersama kenangan...eh..jiwang karat lak..

SimplySeoul said...

Finaz Jaafar: hehe, xpa ada FB, handphone, still boleh utus ucapan raya.

hElfiS: ya betul. Time baca kad dari orang jauh memang sentimental.

♥♥ arabella ♥♥: It is.^^

Fadzli Amir: Salam Kenal juga..haha sayangnya dibuang. Tapi at least mesti ingat siapa orgnya heehee.

▪littleimie▪ said...

wowee u masih dapat byk kad raya.. i dah tak pernah dpt kad raya dr kawan2.. tapi ada 2/3 keping kad every year dapat - Poh Kong, Insurance n etc.. tapi kad jemputan kad kawen selalu dpt berdozen =D

nowriz said...

wah.. banyaknya.. sy pun dulu ada juga simpan.. tapi ntah di mana sudah.. kena makan anai2 kali uda..

tapi betul tu.. memang sentimental value.. syok baca balik.. ;)

Siti Zalikha Mohd Ridzuan said...

sy pun msh simpan lg kad rayaa yg di bagi..walau suda lama..bila bca blik, rindu dgn org yg memberi tu..

Pink Diva™ said...

Time macam inilah segala kad raya diselongkar keluar..saya baru last week dah bongkar,sambil terbaca surat cintan-cintun dulu punya..hehe:)

Kancil 8349 said...

wah...bestnya korang dapat kad raya...tahun nie kancil dapat satu je...itu pun dari anak murid kancil sendiri

Gen2Merah said...

sehingga sekarang saya tak penah pun dapat kad raya lagi.. huhuhu

syahirooAhmad said...

join! geg.. mane port shotmix?

★♫ Ct Hajar ★♫ said...

betol2 hihihi seronok gak baca balik

surat dulu2, tapi 50 percent dah hilang ,sobs sobs tak tahu duk kat mana